Sunday, February 10, 2013

Najib! Upah pasang bendera 1Malaysia kat Penang ni RM150 atau RM250?


Ahad lalu seorang sahabat mengirimkan satu SMS kepada aku.. Menurutnya beliau mendapat maklumat bahawa UMNO Pulau Pinang sedang giat mencari para belia untuk diupah bagi melakukan kerja-kerja memasang bendera sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang.

Tambahnya lagi beliau mendapat maklumat tersebut dari seorang ahli UMNO dan nama-nama sedang dikumpulkan melalui UMNO Cawangan dan juga Bahagian.

Upah yang ditawarkan ialah RM150 seorang menurutnya..

Jawab aku.. “Tunggu apa lagi?.. sapu saja la..”

Dan pagi ini warga Pulau Pinang yang bangun diawal pagi terpinga-pinga bila menyaksikan ribuan bendera entah pertubuhan apa membanjiri Pulau Pinang.


Bendera dengan logo 1Malaysia kebanggan Najib itu berlatar belakangkan warna biru Barisan Nasional itu memenuhi jalan utama sebelah kanan dari Jambatan Pulau Pinang.


Memenuhi sepanjang Lebuhraya Jelutong, berhampiran tapak Pesta, Green Lane, sekitar perkarangan Sekolah Hang Chiang dan kebanyakkan kawasan di George Town.



Menurut sumber yang melihat belia-belia yang diupah sebanyak RM150 itu telah memasang bendera tersebut sekitar jam 3.00 pagi.

Sumber daripada pihak UMNO mengatakan sejumlah 15,000 bendera telah dipasang oleh lebih dari 200 orang belia yang diupah itu.

Apa yang berbeza antara kenyataan dari sumber yang aku dapat dari pihak UMNO ini dengan maklumat yang sahabat aku dapat dari UMNO Cawangan ialah tentang upahnya..

Upah yang diberikan menurut sumber dari pihak UMNO yang aku dapat itu ialah RM250 seorang petugas dimana RM100 diberikan setelah menjalankan tugas memasang bendera tersebut.

Manakala baki RM150 lagi akan dibayar kepada mereka setelah majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri oleh Najib itu selesai.

Tetapi upah yang diumumkan oleh beberapa UMNO Cawangan ialah RM150 saja..

RM100 lagi kemana?.. masuk poket ke?

Lagi satu.. kerja-kerja pemasangan bendera ni dapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang tak?.. 


Sumber gambar dari Blog UMNO ( MatKilau Penang)

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails