Saturday, February 9, 2013

Macai UMNO cabut dan buang bendera PAS ke dalam parit..


200 bendera PAS yang dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) telah dicabut dan dibuang merata-rata termasuk dihumban ke dalam anak sungai berhampiran.

Ekoran perbuatan khianat dan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petugas PAS, Saufi Hashim.

Menurutnya, pada kira-kira jam 6.00 pagi, beliau telah menerima panggilan telefon dari seorang petugas memaklumkan tentang kerosakan dan kehilangan bendera PAS yang dipasang yang bearada di kawasan kampung Jeram Manir.


Katanya, selepas itu, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati 80% daripada daripada bendera yang telah dpasang lewat malam semalam telah musnah.

"Pada kira-kira jam 8.00 pagi, saya telag pergi ke lokasi kejadian dan mendapati bendera PAS telah berada dalam longkang, dalam semak dan dalam parit air (alur),


"Hampir 80% keseluruhannya bendera PAS yang dipasang telah dirosakkan sepanjang jalan Kampung Jeram ke kampung Teluk Pasu,"ujarnya dalam laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, kerugian yang dialami adalah sebanyak kira-kira RM1,500, akibat kerosakkan terhadap 200 bendera PAS yang telah dipasang.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana menurutnya, sebelum pihak PAS memasang bendera-bendera itu, perundingan telah dibuat degan pihak jawatankuasa keselamatan Umno DUN Teluk Pasu.

~ Buletine Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails