Tuesday, February 19, 2013

Bukti Blogger Pakatan Rakyat dibayar tersebar!!

Wah!! Nasib baik ada macai UMNO buat pendedahan pasal Blogger Pakatan Rakyat dibayar ni.. kalau tidak sampai mati pun aku tak tahu..

Kalau ikut apa yang tertera pada surat kat bawah ni aku di bayar RM3,000 sebulan.. Jadi tak sia-sia lah aku menulis selama ini..

Aku dah menulis blog ni lebih kurang tiga tahun..

Jadi.. RM3,000 x 36 bulan = RM108,000 dah yang aku patut dapat..

RM108,000??.. banyak tu.. boleh buat downpayment Vellfire lah pulak... kah..kah..kah...


Tapi??.. kat mana aku nak claim?..  kah.. kah.. kah..

Kalau betul.. Alhamdulillah.. tapi masaalahnya tak betul..

Tapi aku tak kisah.. sebab aku tak diundang untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat, aku menawarkan diri untuk bersama menumbangkan Parti yang kedua paling lama memerintah dalam dunia ini selepas Parti Komunis..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails