Monday, February 18, 2013

Adakah ini seorang lagi 'Nasharudin Mat Isa' in the making?


Imej di atas adalah print screen dari sebuah blog Pro UMNO yang mengulas tentang kenyataan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS , Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh yang dilaporkan oleh AntaraPos.

Menurut AntaraPos Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan apa yang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang nyatakan sebelum ini iaitu parti itu tidak berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.

Ini sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh AntaraPos

JERTEH: Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, kata setiausaha badan tertinggi parti itu, Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.

“Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan, dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam," kata beliau kepada Antarapos.

"(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.

"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau.

"Jadi ini (perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan,” kata beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini ~ Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Rentetan dari kenyataan Nik Mohd itu maka Blog-blog Pro UMNO mendakwa perselisihan semakin ketara di antara Majlis Syura dan Haji Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Kenapa agaknya kenyataan  Nik Mohd dan Haji Hadi berbeza??

Menjelang PRU13 ini, kini kita menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah negara ini semua parti yang menentang Barisan Nasional malah organisasi bukan kerajaan juga turut meletakkan organisasi mereka selari dengan Pakatan Rakyat.

Namun begitu Barisan Nasional yang sedang terdesak pasti akan menggunakan apa saja kaedah untuk memastikan mereka kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.

Difahamkan 'war room' Najib kini diketuai oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (JJ), beliau bukanlah calang-calang perencana kerana  pasukan 'Black Ops' yang dipimpinnya kini sememangnya hebat.

Kini beberapa watak penting dalam PR sedang didekati atas nama berkawan dan sama menyumbang atas kerja - kerja kebajikan berkaitan kononya.

Sering kita terdengar 'saya baik dengan dia tu, bukan apa berkawan dia pun ada sumbang sikit untuk organisasi aku, dia pun goyah dengan najib kut'

Itulah ayat yang porpular kini, tetapi tahukah kita bahawa mereka sedang merancang .

Kadang kala kita terpedaya dibawa bercuti, makan bersama secara mewah dan akhirnya tertipu, ada pula yang hantar tauke taja kereta mewah yang tak sepadan dengan pendapatan kita. sedangkan dalam pada masa sama gambar kita dirakam dan secara halus mereka sedang menggunakan gambar untuk kempen tertentu.

Ada juga yang tak sedar termakan jarum pujukan pelahan - lahan dari makan umpan terus makan dengan joran sekali.

Dari 'War Room' Najib telah bocor beberapa keping gambar yang menurut mereka bakal digunakan untuk membunuh karaktor beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat..

Antaranya ialah gambar di bawah ini, iaitu gambar Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang telah dirakamkan bersama Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bekas Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Shahidan Kassim


Gambar ini telah dirakamkan di Centrist International Conference yang telah diadakan di Phnom Penh, Cambodia pada 3 Disember 2010.

Bayangkan 1001 cara gambar ini boleh dimanipulasi..

Di tempat kubu kuat PAS digunakan gambar ini dengan isu penyatuan

Di tempat Melayu tegar akan digunakan 'hang tengok ust. PAS ni dia dengan Umno tak mau tapi dengan Chua Soi Leck yang hina Islam dia leh cungit jari siap bergambaq'

Di tempat Umno nak sokong PAS dia akan cakap tak payahlah.. hang sokong terus Umno..  sebab PAS nak joint Bn dah di kawasan DAP dan PKR kuat dia akan kata tengok PAS sudah main belakang

Lain-lain gambar sila lihat di ( SINI )

Buat seluruh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.. berhati-hatilah.. aku pun dah tak larat ni..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails