Tuesday, January 22, 2013

Video Pemuda UMNO Johor mengganas di ceramah Nik Nazmi tersebar.. Saksikan!!


Dalam video yang kedua dari tiga siri video yang disiarkan ini anda akan menyaksikan bagaimana sekumpulan remaja hasil didikan UMNO/BN menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin..

Serangan ala samseng dan kempen politik ganas terhadap program ceramah Pakatan Rakyat di Stualang, Johor ini telah berlaku pada malam 15 Januari lalu.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad “Kami pada mulanya tiba sekitar jam 8.30 malam, berjalan ke flat dan dihalang sekumpulan lelaki berbaju Umno BN. Mereka enggan benarkan kami masuk,”.

“Mereka turut memaki dan menghambur kata-kata kesat kepada kami. Selepas berbincang dengan polis, kami berundur untuk meredakan keadaan.


“Kami cuba masuk menerusi pintu lain tapi terus dihalang. Malah, saya turut ditendang. Apakah ini yang dikatakan pemuda Melayu dan Islam?” soal Nik Nazmi.


Menurutnya lagi, kereta anggota KEADILAN yang mengiringinya kemek ditendang.

Turut kelihatan dalam video, beberapa kanak-kanak dan wanita. Manakala seorang lelaki dewasa rapat ke pintu kereta dan memegang cermin sambil memberi kata-kata amaran.


Justeru, satu laporan polis dibuat Nik Nazmi 16 Januari lalu di Balai Polis Majidee, Johor Bahru ditemani Ketua Cabang KEADILAN Johor Bahru, Tan Poh Lai bersama anggota KEADILAN Pasir Gudang, Gelang Patah dan aktivis PAS tempatan.

“Kami datang atas undangan penduduk tempatan melalui Cabang Johor Bahru. Mereka mengalu-alukan program KEADILAN kerana kawasan ini tidak pernah diadakan program Pakatan,” kata Ahli Dewan Undangan Seri Setia itu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails