Sunday, January 6, 2013

Terkejut, Malu dan Kecewa hasil kaji selidik tidak memihak mereka.. UMNO padamnya dari FaceBook mereka..


Biarpun telah mengumpan rakyat Selangor dengan berbagai-bagai imbuhan yang ketika mereka memerintah Selangor dulu langsung tidak mereka fikirkan, namun kaji selidik yang dilakukan masih memberikan jawapan yang mengecewakan UMNO Selangor.

Kerana terlalu yakin bahawa 'Karnival Sayangi Selangor' yang kecoh pada malam tahun baru baru-baru ini ( baca di SINI ) berjaya memancing rakyat Selangor, UMNO/BN Selangor telah mengadakan satu kaji selidik.

Dalam kekecohan tersebut enam ditahan, lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan telah ditahan.

Soalan yang diutarakan dalam kaji selidik tersebut ialah "Diantara PR &BN, yang mana satu anda yakin banyak membantu rakyat?

Dari 3,270 orang yang mengambil bahagian dalam survey yang dilakukan oleh FB Sayangi Selangor milik UMNO/BN Selangor itu 2,300 mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat lebih banyak membantu rakyat berbanding dengan hanya  766 yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional lebih banyak membantu rakyat.

Terkejut, kecewa dan malu dengan hasil poll yang tidak menyebelahi mereka, Admin Pages tersebut telah memadamkannya dari laman FaceBook mereka.

Bagaimanapun ada individu telah 'Print Screen' kaji selidik tersebut kerana yakin ianya akan dipadamkan seperti kebanyakkan kaji selidik yang keputusannya tidak memihak UMNO/BN.

Kah..kah..kah.. Dah perasan popular lah tu.. tak apa tabur lagi banyak duit yang ada tu...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails