Tuesday, January 29, 2013

Sia-sia saja UMNO melabur RM2Juta terhadapnya.. 111 Ahli UMNO keluar UMNO kerana dia..


Ingat lagi kisah seorang Guru Pondok yang Sekolahnya menerima bantuan berjumlah RM2Juta dari Kerajaan UMNO/BN setelah beberapa hari beliau mengeluarkan fatwa kononnya haram mengundi DAP kerana mereka 'kafir harbi'?

Pada 7 Ogos 2012 lalu Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan umat Islam menyokong DAP.

Katanya.. Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.. laporannya sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun pandangan beliau itu telah disifatkan sebagai "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan" oleh Mufti Perlis Dr Juanda, tahukan anda Sekolah Abdullah Sa'amah itu hanya mempunyai 25 orang pelajar sahaja?.. Kalau tak tahu sila baca di ( SINI )

Nampaknya pelaburan UMNO/BN terhadap dirinya itu adalah sia-sia sahaja.. ini kerana keceluparan mulutnya telah menyebabkan 111 orang ahli UMNO dilaporkan telah keluar dari UMNO dan menyertai PAS..

Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Genting

Oleh: Rossem

Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.

Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.

“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”

Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.

Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya.

Suatu malam, tahun 2012, Ali Lizon hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.

“Apa Haji Lah Geting kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.

“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.

Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas sebab musabab!

Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.

Sejak peristiwa itu Ali Lizon bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya.

Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.

Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.

Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.

~ Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails