Tuesday, January 8, 2013

RM300 untuk setiap peserta 'Himpunan Kebangkitan Rakyat'.. Sila buat tuntutan anda di sini..


Di sini yang aku maksudkan pada tajuk diatas ialah Admin Portal Suara Pakatan Rakyat bukannya buat tuntutan dari aku.. aku Cuma menyampaikan saja.. he..he..

Ini kerana beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan membayar elaun sebanyak RM 300 untuk setiap peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Jan ini.

Kita tuntut dulu dari dia, kemudian suruh dia pula tuntut dari Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor..

Menurutnya lagi selain elaun tersebut kemudahan pengangkutan dan penginapan untuk yang layak juga disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.


Disamping fitnah bayaran RM300 untuk setiap peserta, pencacai UMNO yang berselindung atau menumpang popularity Pakatan Rakyat dengan menggunakan Suara Pakatan Rakyat sebagai nama portal beliau juga mempersoalkan tentang sasaran 1 Juta peserta.

Kerana menurutnya kapasiti Stadium Merdeka hanya diantara 35 ribu – 45 ribu orang sahaja, dicampur yang akan duduk di atas padang, mungkin sekitar 10 ribu, masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan sejuta orang!!

Dia kata lagi “orang bodoh sahaja yang merancang untuk meletakkan satu juta orang dalam Stadium Merdeka!! Siapakah yang bodoh itu, masih menjadi tanda tanya.”


Tapi yang bodohnya disini ialah Admin portal tersebut sendiri, kerana Jawatankuasa Penganjur tak katapun 1 Juta peserta itu semuanya mesti berada di dalam Stadium Merdeka.

Dan lokasi terakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan ditentukan esok petang sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka masih tidak memberikan sebarang maklum balas.

Pengerusi Jawatankuasa HKR, Mohammad Sabu berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi menerangkan perancangan himpunan bagi memastikan ianya berlangsung secara aman.

“Setakat ini pihak stadium masih belum menyatakan ya atau tidak. “Esok pada jam 4.00 petang kita akan memberikan maklumat terakhir lokasi himpunan,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Dengar apa kata DS Anwar Ibrahim tentang portal Suara Pakatan Rakyat ini..




Pencacai UMNO mungkin percaya dengan fitnah yang direka oleh Admin Suara Pakatan Rakyat itu.. kerana mereka bergerak berlandaskan duit.. tapi kita yang menyokong Pakatan Rakyat ini bergerak dengan hati yang ikhlas..

-

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails