Sunday, January 27, 2013

Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon maaf di Facebook?.. Bohong tu...

Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas..

Pantas sekali tindakannya hanya setelah 2 minit kenyataan tersebut disiarkan dilaman Facebook Rafizi Ramli II, kenyataan tersebut telah di 'Print screen' dan di muatnaik kelaman blog pula..

Hingga menimbulkan persoalan adakah blogger Pro UMNO tersebut kerjanya memantau setiap aktiviti dilaman Facebook Rafizi hingga membolehkan beliau memperolehi maklumat sebegitu cepat?.. atau... jeng.. jeng...

Dua minit tu cukuplah untuk.. paste apa yang dah ditulis kedalam laman Facebook tu kemudian publish dan signout, kemudian printscreen dan lepastu sign in blogger.com dan upload kelaman Blog pula... 

Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi..

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato’ Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails