Tuesday, January 8, 2013

PERKASA dapat maklumat HKR akan bertukar jadi seperti di Dataran Tahrir.. Laporan Polis dibuat.


Kata Timbalan Ketua Penerangan Perkasa ni.. Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir.

Ini kerana Perkasa mendapat maklumat entah dari mana yang mengatakan kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.

Jadi Perkasa mahu polis mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini.

Timbalan Ketua Penerangan Perkasa Abdullah Mansor membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Abdullah dalam laporan polisnya berkata, pihaknya bimbang pembangkang sengaja mengadakan himpunan itu sebagai cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.

“Perkara seperti ini sudah beberapa kali berlaku, termasuk mereka pernah membohongi Tuanku Yang diPertuan Agong (YDPA) untuk mengadakan himpunan haram Bersih 3.0.

“Bersih 3.0 akhirnya mencetuskan rusuhan dan kacau bilau menyebabkan banyak harta awam rosak dan menjejaskan keselamatan awam,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Beliau berkata, wujud juga keluhan daripada peniaga dan pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur yang bimbang perniagaan mereka bakal terjejas sekiranya berlaku rusuhan akibat HKR.

Sehubungan itu, pihaknya berkasa polis dapat mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran pembangkang.

‘Countdown’ HKR akan bermula pada malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan akan berterusan pada esoknya di sekitar sini.

Tiga lokasi mulanya berkumpul seperti yang dicadangkan penganjur adalah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Masjid Negara, Kelab Sultan Sulaiman sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka ~ Free Malaysia Today.

Banyak betul ya maklumat yang PERKASA ni dapat.. tapi satu pun tak pernah terbukti betul.. mungkin maklumat ini datang dalam mimpi agaknya..


_

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails