Saturday, January 12, 2013

#KL112 : Sempena HKR112 risalah memburukkan himpunan ditemui merata-rata.. angkara siapa?


Sempena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung pada pukul 2 petang ini di Stadium Merdeka dalam ribuan peserta yang mula memenuhi Ibu Kota Kuala Lumpur, risalah-risalah yang memburukkan Himpunan disebarkan merata-rata.

Risalah-risalah ini dipercayai disebarkan dari awal pagi lagi ketika para peserta mula membanjiri Ibu Kota, ianya telah ditemui bertaburan di sekitar Masjid Negara.

Ianya memaparkan apa yang tidak langsung menjadi matlamat Himpunan di adakan antaranya 'Justice For Chin Peng' dan tukar bendera dan tah apa-apa lagilah..

Dipercayai diedarkan oleh pencacai-pencacai UMNO/BN yang cuba untuk mengaitkan Himpunan ini dengan perkara yang buruk dan boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Namun begitu.. apa yang mereka perlu tahu ialah yang bodoh di Malaysia ini hanyalah pencacai UMNO.. rakyat yang lain bukanlah bodoh seperti mereka untuk mudah mempercayai apa yang mereka sebarkan..





Sms juga turut disebar.. kononnya Pakatan Rakyat menyokong demo oleh itu penyokong Pakatan Rakyat perlu luahkan perasaan marah kepada Barisan Nasional di atas jalan..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails