Wednesday, January 2, 2013
Invois Deepak beli cincin, subang dan loket permata bernilai RM13 Juta untuk Rosmah didedahkan!!
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd. Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.
Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013
Untuk paparan lebih jelas sila lihat di ( SINI )
Invois Deepak beli cincin, subang dan loket permata bernilai RM13 Juta untuk Rosmah didedahkan!!
2013-01-02T16:02:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Najib|Rosmah|
Archive
-
▼
2013
(531)
-
▼
January
(120)
- Najib perlu berundur Mahathir kata..
- Rosmah Mansor menceritakan pengalaman sedihnya di ...
- Gambar Pegawai HEP agen UMNO Perak yang pukul Maha...
- Ibu Bapa dipaksa melanggan Berita Harian di Selang...
- Selangor akan bubar DUN hujung Februari
- PANAS!! Bekas Puteri UMNO sedih dirinya difitnah p...
- UMNO buat joget lambak untuk ganggu ceramah Anwar ...
- Aku pun kena fitnah?.. Ha.. ha.. ha.. malang sungg...
- Kenapa Projek bernilai RM2.47 Billion tiba-tiba di...
- Resit Jabatan Pendaftaran Negara dijual dengan har...
- Surat Terbuka Buat Perdana Menteri yang mendedahka...
- Sia-sia saja UMNO melabur RM2Juta terhadapnya.. 11...
- Video Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit terse...
- Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis.. (Video Insi...
- Pacak bendera PAS pun kena tampar?.. apa punya gil...
- Ali Rustam pun sudah terikut perangai Blogger UMNO...
- Hantar Memo bantah Pusat Judi tapi Pemimpin UMNO t...
- Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon ma...
- Harussani kata Umat Islam jadi kafir jika benarkan...
- Kes demam denggi di Kelantan membimbangkan.. sebab...
- Apahal pulak TV3 memalukan Najib nie?.. (Video Ins...
- Lagi taktik kotor UMNO dibongkar.. 3000 risalah di...
- Bendera PKR dan PAS diconteng dengan lambang Salib...
- Video Proffesor UTHM mencuci otak dan mengugut pel...
- Empat Menteri UMNO gagal ujian SPRM.. tapi SPRM ta...
- Polis nafi pukul Sugumaran, dakwa kematiannya kera...
- Saksi dakwa lihat polis, samseng belasah lelaki be...
- Anwar tidak akan pertahan kerusi Permatang Pauh?
- Gara-gara 'Janji Tak di tepati', 9 bilik gerakan U...
- Kunjungan Najib ke Gaza dikecam Presiden Palestine...
- Cabaran Debat PR-BN: Ini jawapan Zambry buat Nizar...
- Kantoi!! Ahli 'PAS' yang demo depan Pejabat Karpal...
- Video Pemuda UMNO Johor mengganas di ceramah Nik N...
- Demo di hadapan pejabat Karpal Singh : PAS Pulau P...
- Listen Listen Listen.. Ini Video Kenyataan Media S...
- Apa Khabar Makcik dan Pakcik Felda sekarang?
- Video warga asing diberi IC berpusu-pusu keluar me...
- Video ceramah 'Anwar Pengkhianat Negara' oleh UMNO...
- Anwar menang saman terhadap Utusan, mahkamah kata ...
- Najib Di Sindir Oleh Rakyat Kelantan.. Saksikanlah...
- #Listen : Sharifah Zohra Jabeen maafkan semua yan...
- Kajiselidik yang menambahkan pening kepala Najib.
- Billboard Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kam...
- Bible diedar kepada pelajar Sekolah Menengah, lapo...
- Cara bodek terhebat abad ini oleh Rais Yatim..
- Cybertrooper UMNO Kantoi!! Sendiri Komen.. sendiri...
- Menjelang PRU13.. Rosmah bersumpah tidak ada cinci...
- Fathul Bari menjelaskan mengapa beliau berkahwin d...
- Ini jawapan Najib tentang tuduhan Deepak...
- #Listen : Ini surat dari Mahasiswa yang berada di ...
- Mahathir kata Kerajaan Najib kini lemah.. Pencacai...
- Apahal sampai 25 syarat yang dikenakan untuk adaka...
- Gara-gara sering memperbodohkan pembacanya, Utusan...
- #Listen : 'Saya akan jelaskan' - Sharifah Zohra
- Patric Teoh mohon maaf.. katanya dia sekadar bergu...
- Kenyataan jenis apa Patric Teoh keluarkan terhadap...
- #Listen : Ini penjelasan dari KS Bawani
- #Listen Sharifah Zohra Jabeen bukan lagi Ahli KIMM...
- Di negeri UMNO paling kuat dalam dunia.. Melayu ad...
- #Listen ,Sharifah Zohra Jabeen kini trending di Tw...
- #Listen : Sharifah Zohra Jabeen ini video khas bua...
- #Listen : Video Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (...
- Ramal UMNO/BN kalah pun kena gantung tugas?.. Alah...
- Skandal Najib dan Altantuya disiarkan oleh Akhbar ...
- Pemimpin UMNO ni buta IT ke?
- #KL112 : Ini Jumlah kutipan derma yang disumbangka...
- #KL112 : Kebodohan Rais terserlah jika kenyataanny...
- Himpunan Kebangkitan Rosmah: Najib terpaksa bagi b...
- #KL112 : Polis kata hanya 45,000 yang hadir.. betu...
- #KL112 : Ini adalah realiti.. Bukan mimpi.. saksik...
- #KL112 : LIVE!! Dari Stadium Merdeka...
- #KL112 : Video lautan manusia mula bergerak ke Sta...
- #KL112 : Sempena HKR112 risalah memburukkan himpun...
- #KL112: Sepuluh Isu Kontroversi yang Najib perlu j...
- Video Kenderaan JPJ diterbalikkan dan dibakar ters...
- Betul ke surat tentang HKR ini dari Kementerian Pe...
- Gara-gara kebodohan Najib, KWSP rugi RM40 Juta dan...
- Ini bukti UMNO/BN semakin terdesak..
- Pegawai Khas TKM1 Pulau Pinang, Dato Mansor Othman...
- Perkasa, Pekida, Pemuda UMNO ugut akan halang HKR ...
- Banner provokasi HKR oleh UMNO yang menyamar PKR p...
- Tengok ni! Utusan nak memperbodohkan siapa agaknya...
- Bodohnya Pencacai UMNO ni!! Kami mahu tukar Keraja...
- HKR #KL112 : Stadium Merdeka hanya benar 30,000 pe...
- Admin Pisau.Net dikehendaki oleh DAP, Tawaran RM10...
- Kalimah Allah, Lihat apa Dr. Asri kata ni... Adaka...
- Patutlah HKR ditukar jadi Himpunan Shamsidar oleh ...
- PERKASA dapat maklumat HKR akan bertukar jadi sepe...
- RM300 untuk setiap peserta 'Himpunan Kebangkitan R...
- Empat tahun berlalu, beratus juta RM bertukar tang...
- Takut rahsia terbongkar, Rosmah arah Pengawal Per...
- Tarian separuh bogel di IPD Shah Alam... Ini jawap...
- Ustazah Mashitah jelaskan hukum beliau salam dan c...
- Blogger Pro UMNO, MiM mohon maaf dari Khalid Samad...
- Kerana Fitnah, Blogger Pro UMNO ini disaman Khalid...
- Yang akan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL...
- Terkejut, Malu dan Kecewa hasil kaji selidik tidak...
- Nak tawan Kelantan macam mana ni Najib?.. belum ap...
- PANAS!! Buku "The Black Rose" kini disebar!! ..
- DAP sebar video mencemarkan imej Rosmah dan Najib....
- Lawak jenis apa Utusan buat nih?.. buat malu negar...
- Pelik tapi benar.. Najib lantik pengeluar berus gi...
- Ketua Wanita UMNO Selangor dibayar RM100Juta untuk...
- Ahli Politik ditahan kerana merogol.. (Video Insid...
- Papa Gomo punya pasal.. Zahid Hamidi di sapina ke ...
- PANAS!! Sebab Rais Yatim batalkan 'Forum Amanat Ha...
- Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu....
- Ustaz Azhar Idrus di pentas Pakatan, Pencacai UMNO...
- PANAS!! Bekas KSU ditahan bersama 36 GRO..
- Gara-gara nak pertahan Rosmah, PapaGomo menyerlahk...
- Invois Deepak beli cincin, subang dan loket permat...
- PANAS!! Awie yang dilantik sebagai Duta Persekutua...
- Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga...
- Runtuh Lagi di Terengganu.. kali ini bumbung Astak...
- Kecoh sambutan 2013 UMNO/BN di i-City tu rupanya.....
- Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus rancangan paling po...
- Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindu...
- Bila Pencacai UMNO mabuk air ketum menulis di FB n...
- DAHSYATNYAA!!! Puluhan Ribu Hadir ceramah Ustaz Fa...
- Banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique aka...
-
▼
January
(120)













