Friday, January 11, 2013

Gara-gara kebodohan Najib, KWSP rugi RM40 Juta dan KWAP rugi RM35 Juta


KWSP dan KWAP adalah dana pencen negara kepunyaan penyumbang dan penjawat awam. Tujuan utama dana ini adalah untuk menyediakan simpanan persaraan yang cukup untuk mereka.

Oleh itu, kerajaan dan pengurus-pengurus dana mempunyi satu tanggungjawab dan amanah yang tinggi menjaga pelaburan mereka.

Dalam kes pelaburan saham Felda Global Venture Holding Berhad ("FGV") saham oleh KWSP dan KWAP, KEADILAN berpendapat bahawa kedua-dua KWSP dan KWAP perlu membuat lebih banyak penjelasan.

Seawal 9 Ogos 2012, pandangan majoriti besar penganalisis saham telah bertukar daripada positif kepada negatif terhadap saham FGV, dan rekomendasi membeli saham ini lesap hilang.

Dari tarikh itu kepada 4 Januari 2013, walaupun pandangan terhadap FGV memang negatif dan harga saham itu jatuh mendadak, KWSP terus membeli saham dari pasaran.

KWSP menambah lagi 46 juta saham kepada portfolionya. Bagi tempoh yang sama KWAP menambah lagi 10 juta saham.

Tingkah laku pembelian KWSP dan KWAP adalah amat bertentangan (contrarian).

Tingkah laku sedemikian tidak patut diamalkan oleh sesebuah dana pencen.

Di samping itu, pada keseluruhannya pembelian mereka dalam pasaran terbuka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013, telah menelan anggaran belanja sebanyak RM455 juta (KWSP) dan RM305 juta (KWAP).

Pembelian ini telah mengakibatkan kerugian kertas anggaran RM40m untuk KWSP dan RM35m untuk KWAP.

KEADILAN percaya bahawa penyumbang KWSP dan penjawat awam mempunyai hak untuk mengetahui sama ada pembelian saham FGV, (yang sebahagian besar bertentangan dengan pandangan penganalisis dan pasaran) bermotifkan politik.

Oleh itu KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP menjawab soalan ini: pernahkah badan anda menerima apa-apa arahan yang tersurat atau tersirat daripada kerajaan atau mana-mana ahli-ahli politik untuk membeli dan menyokong harga saham FGV.

Berikut adalah laporan semasa:

KWSP
• Pada penyenaraian FGV, KWSP mempunyai 185 juta saham yang diperuntukkan.
• Dari 29 Jun, 2012 hingga 4 Januari 2013, KWSP menambah 90 juta saham FGV, membelanjakan kira-kira RM455 juta.
• Ini adalah satu peningkatan yang amat besar sebanyak 46% daripada saham peruntukkan.
• 90juta saham telah dibeli pada anggaran harga purata berwajaran RM5.05 se-saham.
• Pada harga saham semasa RM4.60, aktiviti jual beli saham selama enam bulan telah anggaran kerugian kertas RM40 juta.

KWAP
• Pada penyenaraian FGV, KWAP mempunyai 194 juta saham yang diperuntukkan.
• Dari 29 Jun, 2012 hingga 4 Januari 2013, KWAP menambahkan saham FGV sebanyak 59 juta, membelanjakan kira-kira RM305 juta.
• Ini adalah peningkatan yang ketara sebanyak 35% daripada saham peruntukkan.
• 59 juta saham telah dibeli pada anggaran harga purata berwajaran RM5.19 se-saham.
• Pada harga semasa RM4.60, aktiviti jual beli saham selama enam bukan telah menyebabkan anggaran kerugian kertas RM35 juta.

Saham FGV, masa depan yang gelap:

Kes Senario Pangkal (Base case scenario)?

Harga purata saham penganalisis untuk FGV adalah RM4.19. Jika saham FGV jatuh ke tahap itu, KWSP dan KWAP akan menimpa anggaran kerugian kertas RM146m (KWSP) dan RM129m (KWAP).

Kes Senario Paling Teruk (Worst case scenario)?

Jika harga turun kepada sasaran Alliance Research iatu pada harga RM3.53 (kedua terendah antara 12 analisis terkini mengenai saham FGV), KWSP dan KWAP akan menimpa anggaran kerugian kertas RM327m (KWSP) dan RM295m (KWAP).


Wong Chen
Biro Pelaburan & Perdagangan PKR
11 Januari 2013


Hmmm...

Najib kata:  rugi semuapun tak apa.. pasal bukan duit aku.. pekerja yang mencarum tu bila pencen esok boleh makan pasir.. Kalau menang lagi PRU ni.. aku naikkan umur pencen biar jadi 70 tahun pula... biar semua pekerja tu mencarum sampai mati...

Pencacai UMNO kata: Makan pasir pun tak apa.. asalkan Melayu.. HIDUP MELAYU!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails