Saturday, January 19, 2013

Cybertrooper UMNO Kantoi!! Sendiri Komen.. sendiri 'Likes' di Malaysiakini..

Kebelakangan ini jika anda sering melayari, portal on-line paling popular di Malaysia iaitu Malaysiakini, anda pasti akan menyaksikan apa saja laporan yang melibatkan Rosmah Mansor yang menerima komen dari Cybertrooper UMNO pasti akan menerima 'Likes' yang tinggi..

Meskipun komen yang ditinggalkan entah apa-apa contohnya seperti komen yang ditinggalkan oleh Anuwar Kasih ini..

"malaysiakini cam haram je, org x jemput sibuk datang.pastu nk tunjuk dia hebat la konon, sape nk jawab pertanyaan malaysiakini.lain org cakap, lain pulak dia bawak keluar artikel.perangai cam haram, sapa nk layan wei.sekarang nk cari simpati org konon, g mampos la melacurkini"

Komen yang sebodoh ini telah menerima 166 'Likes'..


Adakah benar pembaca Malaysiakini begitu bodoh untuk menyukai komen sebegitu rupa..

Baca apa yang didedahkan oleh MiLo SuaM ini..

Sebenarnya cybertrooper Umno menggunakan taktik kotor untuk membolehkan komen-komen mereka berada pada kedudukan paling atas di Malaysiakini iaitu dengan cara mendapatkan like paling banyak. Namun mereka mendapatkan like-like palsu.

Sebagai contoh lihat screenshot di bawah ini. Komentar bernama Anuwar Kasih ini adalah salah seorang cybertrooper Umno dan komennya berada paling atas di Malaysiakini kerana mendapat 170 likes palsu.


Bagaimana kita nak tahu sama ada likes tersebut palsu atau sah? Mudah sahaja, klik pada namanya Anwar Kasih itu anda akan terus ke profile beliau.

Komen beliau di Malaysiakini turut terpapar di profile milik beliau. Seterusnya klik pada like yang diterimanya.


Selepas klik anda akan ditunjukkan kepada akaun-akaun yang telah memberikan likes kepada komen-komen cybertrooper Umno ini. Lihat, bukan manusia yang likes, sebaliknya page-page kosong yang dibuat oleh mereka.

Mereka sendiri komen, mereka sendiri like menggunakan halaman-halaman yang dibina oleh mereka sendiri. Taktik ini membolehkan mereka likes komen sendiri tanpa log in kepada banyak akaun.


Anda boleh periksa sendiri akaun-akaun cybertrooper seperti ini. Mereka benar-benar terdesak untuk mempertahankan Rosmah Mansor. Lebih malang, ada juga cybertrooper yang malas buat kerja, makan gaji buta apabila nama-nama page yang dibuat langsung tak realistik seperti di bawah ini kah kah kah...

Sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails