Sunday, January 20, 2013

Bible diedar kepada pelajar Sekolah Menengah, laporan Polis dibuat.


Perkara membabitkan soal agama sepatutnya dipandang serius olih semua pihak lebih-lebih lagi mendakwah agama lain kapada orang orang beragama Islam, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menyalahi undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutian Perkara 11(4).

Kerajaan Negeri memandang serius kejadian yang dilaporkan dalam akhbar tempatan kelmarin sepertimana dilaporkan terdapat 2 orang yang tidak dikenali dipercayai sedang mengedar bible berbahasa Melayu kepada pelajar-pelajar termasuk pelajar-pelajar Islam di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong.

Saya difahamkan pelajar tersebut sudah membuat lapuran polis dan saya telah menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang Dato Hj Abdul Rahim Hanafi untuk mendapat pengesahan.

Pihak polis telah mengesahkan menerima lapuran dan siasatan sudah dimulakan. Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan segera menyiasat insiden ini dan mengambil tindakan membawa mereka yang melakukan kesalahan undang-undang ke mahkamah.

Ini akan mengelakkan spekulasi dan apa-apa andaian masyarakat yang mungkin timbul atau segaja ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya juga ingin menyeru agar semua pihak mengambil sikap bertanggungjawab dan jangan menimbulkan ketegangan agama dengan tidak melakukan perkara seperti ini dan saya ingin menasihati masyarakat Islam khasnya menyerah kepada pihak yang berkuasa seperti PDRM dan JAIPP untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya juga akan meminta JAIPP menyiasat insiden ini dan jika terdapat usaha-usaha seumpama ini supaya mengawasi dan mengambil tindakan segera.

* Kenyataan Media oleh  YB Dato’ Abdul Malik Kassim EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada  20 JANUARI 2013*

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails