Tuesday, January 1, 2013

Banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique akan diruntuhkan..


Tentu luas dan besar kawasan banglo milik dua pemimpin UMNO ini hinggakan boleh diruntuhkan untuk dijadikan sebagai zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran..

Sudahlah banglonya besar, kawasannya pula luas ditambah pula berada di atas bukit.. tentu mahal kan.. berapa harga agaknya..

Kalau milik bussinesman aku tak kisah.. tapi ini milik Ahli Politik.. Ahli Politik dari UMNO pulak tu.. dari mana agaknya datang duit tu?

Dua banglo, masing-masing milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa berkemungkinan akan diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata, sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama

Nak kasihankan mereka atau kata padan muka kepada mereka-meraka itu?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails