Saturday, March 31, 2012

Jamil Khir beri 14 hari kepada Shamsul Iskandar untuk minta maaf..


YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.

Siapa pindah alamat tempat mengundi pengundi ini?

Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain
Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

Scandal NFC: Samanlah.. minggu depan kami akan dedahkan lagi - Rafizi


SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan, beliau dan rakan-rakannya dalam parti itu menghormati hak NFCorp untuk menyaman pihaknya berhubung siri pendedahan yang telah dibuat, tetapi tidak akan tunduk kepada ugutan bahawa akan dikenakan tindakan undang-undang.

Inikah sebabnya UMNO Pulau Pinang mahu Guan Eng wakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara?


Di Pulau Pinang selepas selesai solat Jumaat lalu, beberapa orang yang kononnya mendakwa diri mereka mewakili berbagai NGOk telah mengadakan deonstrasi bagi mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang mewakafkan tanah tapak Masjid Bayan Mutiara.

Isu Tapak Masjid: Ketua AMK Pulau Pinang kata Ketua Pemuda UMNO bodoh,,


Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Friday, March 30, 2012

PANAS!! Hampir 100,000 demo desak Guan Eng Wakafkan tapak Masjid Bayan Mutiara.. (Gambar)


Yang aku paling tak faham ialah banner yang dipegang oleh mereka-mereka ini.. Apa yang mereka faham dengan perkataan 'Wakaf' itu..

Demo NGOk 'Buta Internet' di Kuala Lumpur.. (Video Inside)


Kenapa dikatakan demo manusia 'Buta Internet'?.. kerana kalau mereka celik internet sudah pasti mereka tahu siapa atau Parti mana yang mempunyai hubungan dengan puak-puak Zionis..

UMNO/BN dalam bahaya di lima negeri kata Khir Toyo


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.

Orang Cina dan India jangan bermain api kata Penolong Setiausaha MKN Negeri Perak..


“Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Jangan bermain dengan api dan jangan mencabar.” 

Mahathir sudah mula hilang keyakinan BN akan menang PRU13 ini..


PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".


Wan Azizah jangan jadi isteri tak bermaruah kata Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang


Sebelum itu.. aku minta maaf kalau gambar di atas bukanlah gambar Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang pasal aku tak berapa kenal macam mana rupa dia sebenar..

Thursday, March 29, 2012

Guan Eng jual tapak Masjid?.. Shaik Hussein!! Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang ..


Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku kenapa pihak UMNO Pulau Pinang sering memainkan isu yang bukan satu isu sebenarnya atau isu yang cuba diketengahkan itu sebenarnya hanya mengketengahkan kebodohan mereka sendiri.

Noh ditanya apakah dasar Kementeriannya akan berubah jika PR berkuasa?.. err.. cantik jam Noh.. berapa harga?

Tengok jam dia..
Sebelum itu.. Gambar diatas adalah gambar Noh Omar yang dirakamkan ketika beliau menjadi tetamu dalam rancangan soal jawab di TV3 semalam..

Mahathir Kecam Amerika kerana Najib hentikan import minyak Iran..


Dengan melantik Apco sebagai penasihat kerajaan Malaysia, Iran yang dianggap musuh Amerika dan Israel turut menjadi musuh Malaysia.

BUKTI UMNO merayu minta sokongan Israel anjur sidang gas


































Selepas mendedahkan hubungan dagangan Malaysia dan Israel, KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti membongkar penglibatan Malaysia melobi negara Zionis itu untuk mendapatkan sokongan penganjuran Persidangan Gas (WGC) yang akan berlangsung pada Jun 2012.

UMNO memerintah atas kebodohan rakyat kata Aziz Bari



Alahaiii.. aku ingatkan hanya Tun Mahathir yang berkata UMNO kini dikuasai oleh golongan kurang cerdik dan kurang pandai.. rupa-rupanya Dr Abdul Aziz Bari pun mengatakan perkara yang sama..

Wednesday, March 28, 2012

Tun Mahathir akui hanya yang Bodoh dan Bengong kini bersama UMNO..



Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir seperti yang boleh dibaca di atas ialah, setelah berpuluh tahun golongan Proffesional dan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO, maka UMNO kini ketandusan golongan tersebut.

Hanya kerana gambar begini, ADUN PAS Ustaz Salleh Man dituduh mahu keluar PAS?


Hanya berdasarkan gambar di atas dan juga beberapa keping gambar di bawah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man yang juga ADUN Permatang Pasir didakwa mahu melompat Parti.

Scandal NFC: Tender Terbuka untuk menyelamatkan Najib?


Mungkin ada yang sudah terlupa, ketika pendedahan mengenai Scandal Fidlot ini baru bermula Noh Omar menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.


Rafidah samakan Sharizat dengan Pijat?


Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Ayah Pin kini kembali.. tapi kenapa tidak ditangkap lagi?


Ayah Pin kini dilaporkan telah kembali semula ke daerah kelahirannya di Besut setelah sekian lama dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa.

Nalla Dakwa Diugut Minta Jangan Cakap Hal Anwar .. boleh percaya ka?


KUALA LUMPUR – ‘Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul’.

Bukti, UMNO bagi tanah milik Kerajaan kepada UMNO

Sebahagian dari dokumen ini membuktikan bahawa Parti yang selama ini gah melaungkan kononnya merekalah pejuang bangsa adalah pengkhianat bangsa yang sebenar.

Kerana mereka telah menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka untuk menjadikan tanah milik Kerajaan sebagai tanah milik Parti mereka..

Tidakkah khianat namanya itu bilamana diamanahkan untuk mentadbir Kerajaan dalam masa yang sama mengagihkan Tanah Milik Kerajaan kepada Parti mereka?

Dokumen ini menyatakan dalam satu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 mereka telah meluluskan seluas 7 ekar tanah kepada UMNO Bahagian Kota Raja.

Tuesday, March 27, 2012

Wahhh! Najib.. cantiknya '1Malaysia Chopper' ni.. betulke harganya RM450,000?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).

Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk Anak saya kata Nazri Aziz



KUALA LUMPUR, 27 Mac — Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.

Polis dan Penganjur sahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong telah berbohong semalam..



Malaysiakini semalam melaporkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak akan membuat laporan Polis terhadap orang yang dituduh mengacu penumbuk ke mukanya dalam satu perhimpunan di Kajang.

Video: Polis Traffik maut dilanggar bas di CIQ Johor Bahru..



Seorang anggota polis trafik yang dikatakan sedang bertugas untuk mengawal keadaan lalu lintas berhampiran Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) maut dirempuh oleh sebuah bas sekolah yang dipercayai dipandu seorang wanita.

Ketua AMK Pulau Pinang bakal menentang Ketua Pemuda UMNO di DUN Seberang Jaya?



DUN N10 ataupun Seberang Jaya terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh, pada pilihanraya Umum yang ke 12 yang telah berlangsung pada tahun 2008 yang lalu, calon dari UMNO/BN Datuk Ariff Shah Omar Shah telah menewaskan calon PKR, Ramli bin Bulat.

Monday, March 26, 2012

PANAS!! Gambar Anwar Bersama Wanita Di Dalam Hotel mula disebar..



Berkatalah Ummi Hafilda yang cuba menumpang glamour ketika sidang Media Nallakaruppan, beliau mempunyai bukti bergambar yang dapat membuktikan Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

PANAS!! Inikah YB yang ditahan di Pusat Hiburan jam 2.40 pagi itu?



Identiti Wakil rakyat yang diperiksa dalam serbuan Polis disebuah pusat hiburan mula terdedah..

Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan kata Shamsul Iskandar



Menurut Shamsul Iskandar “AMK difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

Samseng Upahan UMNO baling batu di Karnival PR dicekup.. (Video Inside)



KUALA SELANGOR 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival “Terima Kasih Rakyat” semalam didakwa didalangi Umno-BN.

Komik memburukkan Penyokong Pakatan Rakyat disebar di Uniten..



UNIVERSITI Tenaga Nasional (UNITEN) dilaporkan telah mengadakan Hari Terbuka UNITEN di kampus induknya di Putrajaya pada Sabtu 26 Mac lalu.

Rumah ADUN UMNO dirompak.. err.. depa kata negara ni paling selamat..



TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.

Sunday, March 25, 2012

Video Wee Ka Siong kena 'Boo' dalam perhimpunan Cina..



Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya.

Anwar kata Najib takut pada Mahathir & Rosmah..



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang.

Demo membantah penggunaan Dewan Politeknik untuk tujuan politik oleh UMNO..



Dalam satu memorandum yang telah diserahkan oleh YDP Pas Kawasan Permatang Pauh dan wakil dari AMK Permatang Pauh semalam, beliau telah mendesak agar Pengarah Politeknik Seberang Perai tidak membenarkan sebarang bendera Parti UMNO dibenarkan digantung atau dikibarkan di dalam kawasan Politeknik.

Friday, March 23, 2012

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 saje...



Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Najib contohi kemoderatan Rasulullah?.. err.. jauh panggang dari babi..



Nak bodekpun agak-agaklah Mashitah ooiii.. Isteri sendiri pun dia tak boleh nak kawal dikatakan mencontohi kemoderatan Rasulullah S.A.W..

Anak Menteri mana pakai Porsche, perangai macam Iblis ni??



Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Sumber Kerajaan dedah lima isu punca PRU yang dijangka Jun ditanguh lagi..



KUALA LUMPUR, 23 Mac - Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun.

Debat Anjuran WikiLeaks : Raja Petra juga telah terima.. Najib bagaimana? Updated



Sebelum korang baca laporan yang mengatakan Raja Petra juga bersetuju untuk berdebat ni.. ni ada pantun buat Najib pasal debat anjuran WikiLeaks ni..

Raja Petra terima, Anwar pun tak takut
Jawapan Najib kini dinanti
Kalau takut, katalah takut..
Tidak kami ternanti-nanti...

Thursday, March 22, 2012

Wanita UMNO Pulau Pinang rela digelar sebagai 'Lembu' demi Sharizat?



Berbeza dengan kenyataan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang jelas tidak tertahan lagi menanggung malu bila mendapat tahu Ahli Wanita UMNO yang turun keakar umbi digelar sebagai ‘Lembu’, Ketua Wanita Umno Pulau Pinang masih rela digelar sebagai ‘Lembu’.

Debat anjuran Wikileaks: Anwar sudah terima, bagaimana pula dengan Najib?



KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.

Tak tahan digelar sebagai 'Lembu' Naib Ketua Wanita UMNO desak Sharizat lepas semua jawatan..



"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja"

Tiada kerusi untuk ketua Gerakan PP?.. bagi Kerusi Elektrik saja kat dia...



Ketua Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya spekulasi berhubungnya benar.

Utusan lapor Anwar mahu lari ke Luar Negara pula.. nak kena saman lagi ke?



Mungkin kerana menyedari nama Najib bukanlah satu nama yang mempunyai ‘selling point’ maka kolumnis-kolumnis yang mencari makan dalam Lidah Rasmi UMNO kini sering menggunakan nama Anwar Ibrahim..

Wednesday, March 21, 2012

Terlalu Taksub atau dah Gila nih? Huruf ‘alif’ pada satu asma’ Allah digantikan dengan logo 1Malaysia..



Aku kurang pasti samada yang melukis didinding dalam Surau Al-Badar, bersebelahan dengan pondok PEKIDA kawasan Lembah Pantai ini terlalu taksub atau sudah gila.

Utusan disaman lagi!! kali ini oleh Kerajaan Kelantan pula..


KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.

Gadis hilang di Kuantan mengaku tak diculik..



KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Permatang Pauh bukan lagi Kerusi Selamat buat Anwar kata Ketua UMNO Permatang Pauh



"Kali ini kita yakin Umno mampu merampas kembali kerusi Parlimen disini memandangkan Anwar Ibrahim bukanlah ahli Parlimen yang kerap turun padang mengambil tahu hal masyarakat.." kata Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails