Wednesday, December 5, 2012

Video rakaman awal keganasan Samseng UMNO di Gombak.


Diawal rakaman video ini anda akan melihat batu-batu berterbangan ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang sedang mendengar ucapan di hadapan pentas.

Keganasan samseng UMNO ini telah mengakibatkan seorang mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.

Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.

“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas - Laporan oleh Keadilandaily

   
Video oleh PemudaGombak.com 

 Gambar-gambar keganasan samseng UMNO ini sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails