Thursday, December 20, 2012

UMNO kata memperjuangkan Bangsa Melayu.. tapi adakah ini adat dan budaya Melayu?

Orang Melayu memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi

Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang kita.

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Setelah kedatangan Islam lebih dari 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.

Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu.

Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu.

Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Kini setelah lebih dari 700 tahun kedatangan Islam ke Tanah Melayu, wujud sebuah parti yang terkenal dengan ketuanan Melayu.

Kononnya mereka memperjuangkan Bangsa Melayu dan mempertahankan hak-hak Melayu..

Malangnya dalam sibuk mencanangkan merekalah pejuang Bangsa Melayu.. mereka langsung tidak menunjukkan sifat sebenar bangsa Melayu..

Adakah ini adat atau budaya Melayu??


Orang kata Kampung Mohd Noor ni kat negeri Selangor.. jadi pencacai UMNO ni disamping tak reti adat.. rupa-rupanya tak reti bahasa juga..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails