Friday, December 7, 2012

UMNO bela akidah orang Islam konon.. Malaysia akan jadi tuan rumah Anugerah Grammy K-Pop..


"Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa tercinta.

"Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia," kata Datuk Seri Mohd najib tun Abdul Razak, Presiden UMNO ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.

REALITINYA?....

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Anugerah Grammy Korea Selatan, The Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards (GDA) buat pertama kalinya diadakan dinegara kita pada 15hb Januari hingga 16hb Januari 2013 di Litar Antarabangsa Sepang.

Ianya bakal menjadi satu event K-Pop yang paling meriah dan besar pernah diadakan di Malaysia menurut penganjurnya. Seramai 20 kumpulan K-pop akan mengadakan pertunjukan dan dipercayai hampir 20,000 penonton akan hadir.

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 akan mula dijual pada 9hb Disember ini.

MASIH NAK YAKIN JIKA BERI UNDI KEPADA UMNO MAKA AKIDAH UMAT ISLAM DINEGARA KITA TERJAMIN TERBELA?

ADAKAH DENGAN MENGANJURKAN PESTA K-POP SECARA BESAR-BESARAN MAKA ITU TANDANYA UMNO MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM?

~ Omak Kau!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails