Wednesday, December 5, 2012

UMNO arah provokasi ceramah Gombak.. SMS sebagai bukti..

Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.

SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin malam tadi.

Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.

“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.

Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.

Berikut SMS tersebut :


1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).

Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.

“Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.

Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

~ Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails