Wednesday, December 26, 2012

Terdesak nak kekalkan kuasa.. UMNO adakan 'Latihan Mengundi BN' pula..


Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.

Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi, mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.

Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.

"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.

"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.

Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi.


Sidang media mendedahkan perkara itu juga dibuat di Perak hari ini yang dihadiri Timbalan Setiausaha MPN Perak Tan Kar Hing, Bendahari MPN Perak Dato Dr Yap Yit Thong, YDP PAS Kawasan Tapah Mohd Rahim Nordin dan Exco AMK Pusat Sandrea Ng.

Turut bersama pada sidang media itu termasuk Peguam Orang Asli, Bah Tony dan Ketua Biro Orang Asli MPN Perak, Bah Arsian.

Menurut mereka, tindakan JAKOA dan seorang Adun BN itu telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan pengaruh tidak wajar dan penyogokan.

"Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional.

"Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional," kata mereka lagi.

Sehubungan itu, mereka menggesa satu penjelasan terperinci dibuat kerajaan termasuk JAKOA berhubung pendedahan itu.


~ Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails