Monday, December 3, 2012

Tengok ni.. Sinar Harian memeningkan kepala Najib lagi..


Hari ini buka Sinar harian online ada perkara menarik yang dilihat iaitu keputusan undi yang di buat oleh Sinar Online diantara BN dan Pakatan Rakyat dan hasil yang di perolehi dari pengundian pembaca memihak kepada Pakatan Rakyat didalam semua jenis soalan pengundian.

Walaupun ini hanya bancian dari Akhbar Sinar harian dan bukan mewakili dari pengundi sebenar tetapi sedikit sebanyak membuat kepala Najib Tun Razak pusing dan pening .

Terbukti satu contoh ketara kepala najib pusing dan pening ialah belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia tarikh pembubaran parlimen menghampiri keakhir mandat pemerentahan, mandat kerajaan BN hanya berbaki 4 bulan sahaja tetapi masih belum kedengaran tarik keramat pembubaran dewan rakyat yang sangat di tunggu tunggu oleh orang ramai.

Selepas kejutan pada PRU12 yang di gelar 'Tsunami politk " susaana politik Malaysia dilihat agak panas dan bergelora. Dari pembentukan kerajaan oleh kompenan BN sehingga la kesaat ini senario politik sentiasa panas.Saban hari ada sahaja isu isu yang timbul dari semua parti politik.

Berbalik kepada keputusan yang di capai pada pengudian dalam sinar online walaupun ia memihak kepada Pakatan Rakyat dan mengembirakan penyokong tetapi harus diingat ini hanyalah bancian semata mata.

Kepada penyokong PR Jangan syok sangat akan keputusan pengundian ini,Biarkan Najib dan grombolannya pening kepala yang penting kita semua terusukan perjuangan dengan mempertingkatkan lagi keazaman dan gerak kerja parti untuk menghadapi hari pengundian yang sebenar.


Kepada penyokong PR Ayuh jangan kita toleh kebelakang , gerakan kerja parti anda semaksima yang boleh dengan tujuan yang satu iaitu untuk menjatuhkan Umno/BN Kerana pada pru 13 ini peluang dan pontensi untuk Pakatan Rakyat menawan Putra Jaya di lihat bergitu cerah.

Akhir sekali jangan sekali kali kita alpa akan permainan licik musuh dan menganggap Umno/Bn itu lemah.Sesungguhnya Umno itu sungguh licik dan pandai dalam permaian politik. mereka mempunyai segalnya dari kewangan,media,penggunaan jentera kerajaan dan sebagainya yang akan di gunakan untuk memanupulasikan PRU13 ini.

~ Batu vs Kayu

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails