Tuesday, December 11, 2012

Tengok ni! nak meramaikan Pesara Tentera ke Majlisnya, Najib umpan mereka voucer RM50

Media-media tunggangan UMNO/BN sering mencanangkan kononnya dalam setiap Majlis yang di hadiri oleh Najib Tun Razak sambutan rakyat amat menggalakkan.

Tetapi apa yang mereka sembunyikan ialah bagaimana penganjur terpaksa berhempas pulas malah menjanjikan upah atau ganjaran kepada setiap yang dipaksa hadir.

Untuk meramaikan hadirin ke majlisnya di Pulau Pinang baru-baru ini, ada yang mendakwa Kakitangan Pentadbiran USM telah dikerah untuk hadir.

Pengerusi Persatuan atau Kelab Mahasiswa USM telah diberikan notis untuk menghantar sekurang-kurangnya 50 orang ahli kelab atau Persatuan yang berada di dalam USM.

Dan penduduk berhampiran dengan USM pula mendakwa menerima panggilan dari wakil Telekom Malaysia yang mengatakan mereka telah terpilih sebagai salah seorang yang bertuah untuk menerima hadiah sebagai pelanggan setia TM.

Dan mereka diminta hadir untuk membuat tuntutan hadiah berkenaan di booth Telekom Malaysia yang disediakan di Jelajah Janji di Tepati di USM pada pukul 11.00 pagi hinga 2.00 petang.

Selain itu bas-bas juga disediakan secara percuma dari segenap pelusuk Pulau Pinang malah hingga ke Kedah untuk mengangkut sesiapa sahaja yang mahu ke Majlis Najib itu.. nanti aku siarkan gambar-gambar puluhan bas yang diguna itu..

Ini pula adalah kaedah yang Najib terpaksa gunakan bagi meramaikan pesara Tentera ke majlis ‘Program Inspirasi Perdana’ yang akan menyaksikan ‘Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7’ olehnya.

Seperti biasa pengangkutan, makan minum adalah disediakan dan elaun dalam bentuk voucer juga diberikan.

Bagi mengelakkan Pesara hanya mengambil elaun RM50 itu tetapi tidak hadir ke Majlis Najib itu voucer elaun hanya diserahkan oleh pemandu bas apabila bas telah sampai di Sekolah Menengah Clifford dimana majlis akan berlangsung..


Sumber dokumen : Manjung Mari

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails