Sunday, December 9, 2012

Tak cukup dengan Utusan Malaysia, UMNO guna The Star pula untuk fitnah PAS..


Semakin hampir Pilihanraya walaupun kita tak tahu entah bila, UMNO dan Barisan Nasional kelihatan mula menggerakkan media-media yang ditunggangi mereka bagi menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tak cukup dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian dijadikan medium menyebar fitnah, The Star pula digunakan untuk menyebar fitnah bagi menimbulkan kebencian dan keresahan bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Media milik sekutu UMNO iaitu MCA dalam Barisan Nasional di dakwa telah menyiarkan satu laporan yang tidak berasas sama sekali kononnya empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan...

KUALA LUMPUR, 9 Dis – PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.

Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas” dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.

Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”, sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana “berkhalwat”, satu jenayah di bawah undang-undang syariah.

PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum.

Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai “tuduhan tidak bertanggungjawab” kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat,” Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.

“Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam,” kata Dzulkefly.
“Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?” soal beliau lagi.

Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: “Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka.”

Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama.

“Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal.

“Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan.

“Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama,” kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu  kepada The Malaysian Insider semalam.

“Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang  Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka,” tambah beliau.

Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka “untuk menyelesaikan masalah”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah.

Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah.

“Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang.

“Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan.

“Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum,” kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu.

Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan.

Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam.

~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails