Thursday, December 13, 2012

Sejak bila Ali Rustam dilantik jadi pencacai Rosmah nie?


Yang terpampang dalam banner di atas ialah gambar Rosmah Mansor kalau korang tak kenallah.. Dia ialah isteri kedua kepada Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib bin Tun Razak.

Isteri pertama Najib ialah Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.

Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang dibawa Najib ke majlis-majlis Kerajaan dan menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu.. nak tahu lagi sikit sila baca di ( SINI )

Menurut banner itu yang keseluruhannya boleh dilihat di bawah, beliau akan hadir pada Malam Pemantapan Mutiara Mubarak pada 12.12.12 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Melaka…

Malangnya pada malam yang dijadualkan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri itu tidak dapat hadir atas sebab apa tak tahulah.

Jadi.. pada malam tersebut dilantiklah Ketua Menteri Melaka sebagai pencacainya untuk membaca teks ucapan Rosmah..

Korang nampak tak betapa berkuasanya Rosmah Mansor ni?..

Dia hanya isteri kepada seorang Perdana Menteri yang tidak punya sebarang jawatan baik dalam UMNO mahupun dalam Kerajaan tetapi boleh mengarahkan Ketua Menteri untuk membaca teks ucapannya…

Berikut adalah laporan dari BERNAMA yang mengatakan Teks ucapan Rosmah dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan terus menjadi 'jambatan penghubung' antara bekas wakil rakyat dan keluarga mereka dengan kerajaan demi kesinambungan kemajuan bangsa dan negara.

Beliau berkata anggota MUBARAK walaupun telah berpencen daripada menjadi wakil rakyat masih boleh terus setia berkhidmat untuk pembangunan negara selaras dengan moto pertubuhan itu iaitu terus berkhidmat.

NONESebagai contoh, katanya, program Motivasi Anak Angkat MUBARAK negeri Melaka selama dua hari bermula semalam dilihat membantu para pelajar yang merupakan ahli keluarga Mubarak mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan.

"Ia dapat membina karier mereka dan seterusnya meneruskan kesinambungan legasi keluarga mereka untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kepada pembangunan negara sebagaimana dilakukan oleh ayah ataupun ibu mereka yang bergelar wakil rakyat," katanya pada majlis Pemantapan Mutiara MUBARAK di Melaka, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rosmah berkata melalui program seumpama itu, bukan sahaja pemantauan dan latihan dapat dilakukan malah para pelajar tersebut dapat dibimbing dengan pembentukan akhlak dan moral yang baik, ditanam dengan semangat perpaduan, cintakan negara dan nilai patriotisme yang tinggi.

Katanya, jika pendekatan tersebut dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa pelajar berkenaan ia mampu mendorong mereka kembali berkhidmat untuk pembangunan negara.

"Mereka mungkin bekerja dengan kerajaan negeri menjadi pegawai yang cemerlang ataupun sebagai ahli perniagaan yang berjaya mahupun ahli politik yang akan mengharumkan nama negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap program anak angkat tersebut dapat membantu menjadi pendokong dalam mempergiatkan lagi usaha pencapaian matlamat negara dalam melahirkan modal insan bertaraf "minda kelas pertama".- Bernama


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails