Wednesday, December 12, 2012

Sebab Mahathir sokong Rosmah, Shah Rukh Khan akan didatangkan khas meraikan harijadinya..


Dalam majlis pra-pelancaran buku 'Biolgraphy Rosmah' di Malaysian Petroleum Club baru-baru ini Dr. Mahathir dilihat telah mempertahankan Rosmah secara terbuka.

Ketika ditanya wartawan mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding dengan isteri perdana menteri sebelum ini.


"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada perdana menteri. Anda boleh menonjol semahunya," katanya.

Tindakannya itu dianggap oleh banyak pihak sebagai hanya lakonan semata-mata untuk menjamin UMNO dan Barisan Nasional terus kekal berkuasa selepas PRU13.

Walau apa tanggapan umum nampaknya sokongan Mahathir terhadap Rosmah dihargai jua..

Sempena dengan harijadinya yang ke 87, Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan akan didatangkan khas semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun bekas Perdana Menteri itu..

Ini laporan dari Murai.com pasal Shah Rukh Khan nak datang ke Malaysia..

KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2012: Megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan menaiki jet peribadi miliknya semata-mata bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M.

Bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tidak lama lagi, majlis ulang tahun penuh eksklusif itu bakal dihadiri lebih 200 tetamu dalam sebuah majlis yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air.

Menurut sumber kepada portal murai.com.my, Shah Rukh Khan dikhabarkan bakal membawa sekurang-kurangnya 8 pengiring dan akan menghabiskan masa bersama-sama Tun M sebelum berangkat pulang ke negaranya pada hari yang sama.

Malah khabarnya, pihak penganjur berasa sangat berbesar hati dengan kemunculan istimewa Shah Rukh Khan itu kerana bintang berkenaan telah bersetuju untuk bertandang ke negara ini buat kesekian kalinya selepas diundang secara rasmi oleh Tun M.

Sehubungan itu tiada sidang media dan sesi temuramah eksklusif bersama aktor popular global berkenaan diadakan kerana tujuan kehadirannya di sini semata-mata bagi meraikan ulang tahun Tun M yang kita cintai.

Sumber juga menyebut , pelbagai persiapan sudah diadakan bagi meraikan hari istimewa itu termasuk persembahan nyanyian bercitarasa 1 Malaysia daripada barisan penyanyi tersohor negara termasuk penyanyi pujaan Tun M sendiri iaitu Datuk Yusni Hamid.

Dua watak utama yang memegang peranan sebagai Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah dalam Teater Tribute to Tun Siti Hasmah iaitu Esma Daniel dan Eja turut diundang ke majlis berkenaan sebagai penghargaan yang tidak berbelah bagi.

Majlis akan dibuat secara tertutup dan hanya tetamu yang diundang saja dialu-alukan ke majlis berkenan bagi melancarkan perjalanan majlis ~ Murai.com

Tentu Mahathir sangat gembira.. mana tak gembiranya Hero dari negara asal dia diterbangkan khas untuk meraikan hari jadinya...

Ha.. ha.. ha.. yang gembira sebenarnya siapa agaknya? Mahathir atau Rosmah?

Sokong Rosmah punya pasal Shah Rukh Khan didatangkan khas untuk harijadi Mahathir... Pakcik ni nangis bila dengar ucapan Najib dapat title 'Datuk'.. baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails