Monday, December 17, 2012

RTM pun boikot Ibrahim Ali dan PERKASA?..Alahai.. kesiannya kat depa..


Agak malang buat Ibrahim Ali dan PERKASA yang mendakwa diri mereka sebagai sebuah NGO yang menyokong Najib dan UMNO, kerana aktiviti mereka baru-baru ini langsung tidak diberikan tempat dalam laporan media kerajaan.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru inilangsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Adakah pihak RTM juga berpendapat bahawa Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang merupakan Presiden pertubuhan itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara ini?

Atau pihak mereka telah menjangkakan, kenyataan-kenyataan yang akan keluar pada Perhimpunan PERKASA itu akan menimbulkan lebih kebencian rakyat Malaysia terhadap UMNO yang disokong oleh PERKASA?

Kenapa agaknya perkara ini berlaku kepada PERKASA?..

Nak tahu apa jawapannya? sila baca sebahagian dari artikel yang dipetik dari Blog Pro UMNO ( Another Brick in The Wall ) di bawah ini...

Jika sebelum ini blogger-blogger pembangkang dan pro-kerajaan dan penerbit filem Tanda Putera menjadi mangsa kepada sikap cembru, dengki dan dendam Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, kali ini Perkasa dan beberapa pemimpin Negeri Sembilan pula dijadikan mangsa.

Sering kali, dendam dan serangan yang dilakukan Rais dikaburi dengan justifikasi dan cara membodeknya yang sungguh menjijikan. Banyak pihak sudah menyedari niat buruk disebalik tindak tanduknya. Yang menyedihkan sekali, genggaman kuasa dan paranoia Rais Yatim tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan dan parti.

Malahan ianya tidak juga akan menguntungkan dirinya dan parti pemerintah. Sudah ada pengamal industri kreatif kecilan dan 'budak-budak produksi' yang hingga terikrar kata-kata untuk ikut serta Pakatan Rakyat dan menjatuhkan kerajaan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Mereka begitu marah hingga sanggup lakukan semua ini jika Rais Yatim dikekalkan dalam kabinet dan Kementeriaan.

Dikhabarkan sumber-sumber tertentu bahawa Rais Yatim telah mencemburui dan berdengki terhadap Perkasa yang telah melangsungkan satu Perhimpunan terbuka besar-besaran bersempena Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ketiga dan ulangtahun keempat pertubuhan tersebut.

Disebalik satu pameran sokongan terbuka Perkasa kepada kerajaan Barisan Nasional serta komponen parti MCA dan MIC, liputan yang diberikan kepada majlis Perkasa yang sangat bermakna itu anih sekali begitu hambar. Ucaptama yang disampaikan oleh penerima anugerah bintang Perkasa, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak langsung diberikan ruang.

'Blackout'

The Star pastinya memberi keutamaan untuk memberi liputan kepada konvensyen seteru MCA, DAP di Pulau Pinang. pada hari Sabtu memang banayk sekali program-program yang dijalankan baik pihak kerajaan, BN, pembangkang dan NGO-NGO.

Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times tidak boleh diharapkan untuk memberi liputan kepada Perkasa kerana pasukan penyunting yang condong keapda fahaman liberal dan agak bersimpati keapda agenda neo-liberal.

Namun begitu, akhbar berbahasa Melayu kumpulan NST, Berita Minggu [rujuk arkib Ahadnya di SINI] tidak langsung melaporkan walaupun pemberita mereka dilihat berkeliaran. Manakala liputan TV3 yang agak terhad masa untuk melaporkan berita politik terpaksa menumpukan kepada Konvensyen DAP.

Hanya Mingguan Malaysia yang sedia terus memberi sokongan. Walaupun agak lari dari mesej utama yang mahu disampaikan, Sinar Harian masih juga memberi sedikit sebanyak liputan dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan Dato Ibrahim Ali dan Tan Sri Harussani.

Pengesahan kepada arahan 'blackout' dari Rais Yatim susah untuk disangkal apabila tiada langsung liputan berita samada bertulis atau secara video oleh pihak Bernama, Bernama TV dan saloran yang kini sering disebut dengan nama jolokan baru oleh khalayak awam sebagai Rais Tayang Maznah.

Malahan kini, sudah keluar arahan kepada semua media dan khususnya RTM dan Bernama supaya tidak memberi langsung liputan keapda sebarang pemimpin-pemimpin Perkasa. Arahan itu tidak membenarkan langsung mana-mana pemimpin Perkasa untuk keluar di program Hello Malaysia di Bernama TV.

Artikel seterusnya yang penuh dengan ampu-ampuan buat PERKASA sila baca di ( Another Brick in The Wall

Kesian kat Pak Brahim.. Media Utama UMNO sendiripun dah tak lalu nak siarkan program dia tu.. tapi dia masih tak sedar diri..

Ni pantun buat Pak Brahim...

Apa diharap padi di bukit,
Mungkin sudah dicuri orang,
Bagaimana pula hati tak sakit,
Jasa di tabur di hina orang...

ha..ha..ha.. padan muka hang!!

Jasa di tabur dihina orang.. hatinya sakit,
Kononnya berjasa demi rakyat,
Wahai Pak Brahim.. Kalau hati sudahlah sakit,
Tolaklah UMNO/BN sokonglah Pakatan Rakyat!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails