Friday, December 14, 2012

Rosmah lancar kapal latihan TLDM sambil diperhatikan Zahid Hamidi..


Setelah menunjukkan penguasaannya terhadap pemimpin UMNO dari Melaka dengan menjadikannya sebagai pencacai untuk membaca teks ucapannya ( baca di SINI ), Rosmah melancarkan kapal perang pula.

Baca dan fahami apa yang sebenarnya tersirat dari laporan ini..

BANTING 14 Dis - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini telah menamakan seterusnya melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang.


Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera dimana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Kapal Latihan Gagah Samudera ini mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat metrik 1366 tan metrik serta mampu menempatkan seramai 47 orang krew dan 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.


Turut hadir pada majlis penamaan & pelancaran kapal latihan tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Shariff.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dalam ucapannya berkata, Gagah Samudera merupakan kapal pertama daripada dua buah kapal yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui kontrak perolehan dengan NGV Tech.

"Selain itu, kapal latihan ini juga telah menggunakan kepakaran & kemahiran anak-anak tempatan dengan kerjasama daripada syarikat Daewoo Shippbuilding dan Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.

"Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan kebolehan tinggi syarikat NGV Tech di Sijangkang ini, sekaligus mencerminkan perkembangan industri pembuatan kapal negara semakin kukuh bertapak," katanya lagi.

Selain itu, kapal latihan yang kedua akan dinamakan dan dilancarkan pada hujung bulan Januari tahun hadapan. ~ KLPos

Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd.

Jika melancarkan sebuah Kapal Perang dianggap sebagai satu penghormatan, Isteri Tun Mahathir adalah individu yang lebih layak melancarkannya..

Kerana beliau adalah Isteri kepada Mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa membangunkan negara ini disamping mengkayakan kroni dan anak-anaknya..

Tetapi kenapa agaknya Rosmah yang hanya merupakan isteri Perdana Menteri yang entah apa jasanya kepada negara diberikan laluan oleh Zahid Hamidi untuk menamakan dan melancarkan Kapal Perang tersebut..

Sebagai satu penghormatan atau terpaksa memberi laluan agar nama dikekalkan untuk bertanding dalam PRU13 nanti??

Atau adakah Rosmah Mansor akan turut bertanding dalam PRU nanti?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails