Wednesday, December 26, 2012

Rebat RM200 hanya untuk smartphone berharga kurang dari RM500?.. Smartphone apa Najib?


Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia.

Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.

Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.

Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk.

Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.

Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.

Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah.. tengoklah kat bawah ni..


Smartphone apa harga kurang dari RM500 nie Najib?..

Korang tolong senaraikan sat...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails