Tuesday, December 18, 2012

Pencacai UMNO kata Pembantu peribadi Ahli Parlimen Kapar mati dibunuh samseng?


Image di atas ialah print screen sebuah blog pencacai UMNO, tajuknya ialah "Gempar!! Pembantu Peribadi MP Kapar mati dibunuh samseng??

Tujuannya ialah mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa Pembantu Peribadi MP Kapar itu terlibat dengan dunia samseng..

Sebenarnya dari apa yang dilaporkan oleh Bernama ialah siasatan awal pihak Polis mendapati mangsa yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.

Langsung tak disebut tentang samseng sebagaimana yang dilaporkan oleh blog pencacai UMNO itu..

Ini laporannya...

SHAH ALAM, 18 Dis — Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini.

K S Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.

“Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Idzham berkata polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi membantu siasatan.

Mayat Natchymuthu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Manikavasagam ketika dihubungi berkata mangsa yang juga pemandunya, baru dua bulan dilantik sebagai pengerusi penduduk pangsapuri berkenaan.

Beliau mendakwa Natchymuthu telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini berikutan menerima ugutan beberapa individu yang tidak puas hati berhubung kutipan yuran penyelenggaraan pangsapuri berkenaan.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat kes ini dan saya bersimpati dengan keluarga mangsa dengan kejadian itu,” katanya sambil menambah Natchymuthu meninggalkan isteri dan empat anak. — Bernama 

 Apalah nak jadi dengan pencacai UMNO ni.. orang dah mati pun nak diburuk-burukkannya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails