Thursday, December 20, 2012

Najib umum berjuta untuk BR1M.. tapi Hospital nak buat ujian darah pun tak ada duit..


Kata Najib seperti yang telah dilaporkan oleh Bernama.. Kerajaan mampu melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Najib juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan membuat pinjaman, menegaskan bahawa kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Tapi… seorang pesara kerajaan mempertikaikan semua itu.. katanya “Apakah gunanya semua itu kalau kerajaan tak mempunyai satu sen pun untuk menjamin kepentingan asas seperti kesihatan rakyat?”

Ini kerana, menurutnya bahawa kebanyakan ujian darah telah diberhentikan oleh klinik-klinik mahupun hospital-hospital kerajaan di Negeri Sembilan.

Ini kandungan suratnya..

Daripada:


XXX.
_____________________________________


Kepada:

Pihak-pihak yang berkenaan.

14 Disember 2012

Krisis Gempar: Ujian-ujian Darah Penting Tidak Lagi Dapat Dilakukan Di Semua Hospital Dan Klinik Kesihatan Di Negeri Sembilan Kerana Kekurangan Wang
Salam sejahtera.

Saya seorang pesara kerajaan Malaysia dan pesakit masalah tiroid dan kencing manis. Saya perlu melakukan ujian darah untuk memastikan paras tiroid dalam badan saya adalah sihat.

Dua hari lepas saya telah pergi ke sebuah klinik kesihatan kerajaan di Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberitahu saya beliau tidak boleh lagi melakukan ujian darah untuk saya.

Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa kebanyakan ujian darah telah diberhentikan oleh klinik-klinik mahupun hospital-hospital kerajaan di Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan ini perintah daripada pihak kerajaan.

Lewat-lewat ini, masalah kehabisan bekalan ubat di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan telah dibahaskan di Parlimen dan perkara ini masih belum selesai. Sekarang ujian darah pula tidak boleh dibuat.

Pelik sekali krisis seperti ini boleh berlaku di negara kita yang aman dan makmur. Boleh diterima sekiranya ujian darah dan pemberian ubat tidak dapat dilakukan di zon peperangan seperti Gaza di Palestin, tetapi apakah situasi di Negeri Sembilan sudah tenat seperti di kawasan peperangan?

Bayangkan, sejumlah 50 ujian darah telah disenaraikan tidak dapat dilakukan lagi. Ini termasuklah ujian-ujian darah yang mustahak seperti:

- Ujian untuk HIV
- Ujian untuk penyakit barah/kanser
- Ujian untuk demam denggi
- Ujian kawalan untuk kencing manis
- Ujian untuk hepatitis B dan C
- Ujian untuk rawatan lanjutan tiroid
- Ujian untuk penyakit 'thalassaemia'
- Ujian untuk pasangan kurang subur

Saya menerima maklumat bahawa ini berlaku kerana kerajaan negeri tidak ada peruntukan wang lagi untuk membeli bahan ujian makmal.

Malahan bahan ujian makmal bernilai RM500,000 yang diperolehi sebelum ini dikatakan didapati secara pinjaman (atau hutang) daripada pihak pembekal.
Ramai pesakit termasuk saya sudah memberikan sampel darah mereka tetapi kemungkinan semuanya terpaksa dibuang sekarang kerana ujian-ujian darah tidak dapat dibuat lagi.

Ini satu pembaziran masa dan wang rakyat. Saya marah dan kecewa dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan dalam menangani perkara yang serius ini.

Tidak logik apabila kerajaan pusat mampu membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk KR1M/BR1M dan untuk wang bonus pegawai kerajaan.
Apakah gunanya semua itu kalau kerajaan tak mempunyai satu sen pun untuk menjamin kepentingan asas seperti kesihatan rakyat?

Minggu lepas kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan penerimaan geran bernilai USD400,000 (RM1.2 juta) daripada syarikat komputer IBM untuk menjadikan Negeri Sembilan 'bandar pintar'.
Apakah status 'bandar pintar' diutamakan manakala kesihatan rakyat yang menderita dikebelakangkan?

Semoga keluhan saya ini membuka mata dan hati para pemimpin kami dan tindakan segera dapat diambil demi kebajikan asas rakyat

Sekian.

MASIH BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Seorang pesara kerajaan Malaysia.

Dan ini pula adalah print screen surat tersebut..


Sumber surat : CPIAsia

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails