Sunday, December 2, 2012

Presiden Parti 'Pilihan Allah' terus berucap tanpa mempedulikan waktu Solat Maghrib.. (Video Inside)


Jika benar kata-kata Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Marican Naina Marican semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden kelmarin bahawa Umno adalah parti pilihan Allah untuk memerintah Malaysia selama lebih setengah abad, mengapakah perkara asas dalam agama Islam ini dengan mudah diabaikan presidennya sendiri?

Sama ada kita sedar atau tidak, perhimpunan agung Umno (PAU) yang baru melabuhkan tirainya ternyata mengabaikan solat fardhu tak kira waktu, tak kira apa yang berlaku.

Ucapan penggulungan presiden parti itu, Najib  yang memakan masa selama lebih dua jam setengah rupanya telah terlajak hingga masuk waktu solat fardhu Maghrib yang semestinya mesti didahulukan daripada apa saja kerja kita di dunia.

Apakah ucapan presiden Umno lebih penting dari segala-galanya termasuk menunaikan solat fardhu tepat pada masanya?

Nampaknya peranan Pengerusi Tetap Umno, Badaruddin Amiruldin langsung tidak terpakai oleh Najib Altantuya yang kelihatan sedang asyik berjanji dan melemparkan serangan terhadap parti lawan, Pakatan Rakyat hingga terlupa bahawa solat fardhu Maghrib telah pun masuk jam 7.02 malam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.


Kalau pun tengah sedap membahan Anwar Ibrahim, Najib tidak sepatutnya mengabaikan waktu solat yang mesti ditunaikan seberapa segera apatah lagi apabila siaran langsung ucapannya yang disiarkan di TV1 jelas menunjukkan bahawa solat Maghrib telah pun masuk.

Berbeza dengan PAS, Pengerusi Tetap muktamar mengingatkan perwakilan setiap kali hampir masuk solat fardhu dan kesemua perwakilan keluar dari dewan kira-kira lima minit sebelum setiap kali azan berkumandang di Kota Bharu.

Saya tidak mengatakan Najib Altantuya tidak menunaikan solat tetapi melengahkan solat fardhu setiap kali masuk waktunya boleh mendatangkan dosa besar sekiranya sengaja dilengahkan.

Di mana Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sibuk menghentam Pakatan Rakyat kunun tidak berani melaksanakan hukum hudud? ~ Jalan Pulang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails