Tuesday, December 25, 2012

Kalau nak harapkan UMNO/BN.. mungkin kena tunggu 30 tahun lagi...


Kegembiraan jelas terpancar di wajah 961 penduduk asal Bukit Botak , Selayang, di sini, apabila menerima surat tawaran memiliki rumah berkembar yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dijangka siap pada Mac 2013.

Penantian hampir 30 tahun untuk memiliki rumah yang selesa akhirnya menjadi kenyataan kepada suri rumah sepenuh masa, Rajiaah Omar, 73.

“Saya penduduk setinggan di kawasan ini, saya amat bersyukur kepada kerajaan negeri Selangor dan PKNS kerana merialisasikan impian saya untuk memiliki rumah ini.

“Saya tidak pernah menjangka pada umur saya ketika ini, akhirnya saya dapat memiliki rumah yang cantik dan selesa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Tawaran Rasmi Rumah Berkembar Bukit Botak, Selayang, baru-baru ini.

Pesara kerajaan, Khamisan Mastam, 70, yang juga merupakan penduduk asal penempatan setinggan di sini, menyifatkan PKNS sebagai pemaju yang bertanggungjawab kerana berjaya menyelesaikan isu penempatan semula setinggan Bukit Botak.

“Sebelum ini, saya dijanjikan akan mendapat rumah yang lebih selesa oleh pemaju swasta lain malangnya penantian hanya menjadi kekecewaan buat saya dan keluarga.

“Saya amat berterima kasih kepada PKNS kerana mengambil alih projek perumahan mampu milik ini dan membina rumah-rumah yang cantik dengan harga berpatutan kepada golongan seperti saya yang berpendapatan sederhana,” katanya yang sudah menetap di sini hampir dua dekad.

Sementara itu, PKNS adalah pemaju yang diamanahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyediakan 1,422 unit kediaman berkembar untuk projek berkenaan yang dibangunkan semula pada September 2010 yang pada awalnya patut dimajukan oleh sebuah syarikat pemaju swasta.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, berkata, rumah berkembar yang ditawarkan pada harga RM99,000 bagi unit standard dibangunkan dengan reka bentuk ,moden dengan keluasan lantai 850 kps serta dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Bagi projek ini, PKNS memberi subsidi keseluruhan sebanyak RM80 juta dan ia juga adalah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS bagi melancarkan lagi pembangunan projek ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri Selangor,” katanya.

~ KL daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails