Wednesday, December 12, 2012

Ini bukti UMNO membela nasib Melayu.. Wakil UMNO menemui Datuk Yahya Sulong..


Wakil UMNO??.. ha.ha.. maaflah ya.. wakil UMNO cuma berminat untuk membantu jika Yahya Sulong ini berada di Lambok atau Somalia ataupun di Gaza.. sebabnya lebih jauh lebih baik.. barulah boleh claim banyak sikit..

Lagipun isu mengenai Datuk Yahya Sulong ini belum disiarkan oleh TV3.. kalau dah disiarkan barulah boleh tolong.. bukannya apa nak PRU ni kenalah tunjuk kepada masyarakat bahawa UMNO itu amat prihatin dalam membela nasib Melayu..

Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat pantas menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Alisah Ali.


Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini.
 
Selain Tian, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga.

Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.

Dayangku Intan sempat membalas mesej Tian dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang disalurkan melalui pejabatnya sebelum notis mengosongkan rumah yang diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Malam tadi, saya mengulas isu yang berkaitan dengan Yahya dan bagaimana Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dilancar perdana menteri rejim Zionis Umno, Najib gagal menyelesaikan kesusahan yang dialami Yahya termasuk persoalan ke mana dana RM2 juta yang dijanjikan persiden Umno itu disalurkan.

Sementara itu, Wanita KEADILAN hari ini dijangka membuat kunjungan ke pejabat Baitulmal di ibu negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut pihak mereka mengapa keperitan hidup Yahya dibiarkan begitu lama hingga menyukarkan mereka untuk terus hidup.

Ternyata Yahya boleh bernafas lega sementara Pakatan Rakyat mendapat penyelesaian kekal ke atas masalah yang menimpa mereka sekeluarga.

~ Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails