Thursday, December 27, 2012
Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap berlangsung walau tanpa permit Polis
Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.
Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu.
Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman.
“Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium,” kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut.
“Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku,” kata Hishamuddin lagi.
Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang.
Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.
“Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal.
“Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri,” kata Hishammuddin.
Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil.
“Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang.
“Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini,” kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut.
Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.
Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Datuk Seri Najib Razak pada saat akhir.
Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.
Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0.
Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.
Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk “duduk bantah secara aman” di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut.
Bercakap kepada The Malaysian Insider semalam, pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta.
Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi.
“Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya,” katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP.
Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap berlangsung walau tanpa permit Polis
2012-12-27T09:41:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Pakatan Rakyat|
Archive
-
▼
2012
(1782)
-
▼
December
(142)
- Video Seks Anwar Ibrahim dah tersebar luas di Indo...
- Banjirkan Kampung Padang Bual.. Projek Kerajaan Ba...
- Rosmah Mansor lancar Roti 1Malaysia..
- Woit! Kata mogok lapar.. apahal pulak pi makan ni?...
- Wajarkah kita beli buku Rosmah?.. ini saranan Dr. ...
- Asal usul isyarat jari '1Malaysia' Najib ditemui.....
- Rumah Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique anta...
- Blogger Pro UMNO tak beretika Chua Soi Lek kata..
- Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai K...
- Tindakan Zahid Hamidi membuktikan dakwaan Deepak i...
- UMNO difitnah rupanya... kesiannyaaaa...
- Pencacai UMNO Kantoi lagi!! Kali ini Kafe dikata K...
- Artis Rock yang menyokong UMNO akui buka Kelab Mal...
- Bila masa pulak PAS anjur Demo Bantahan Guna Nama ...
- Ketua UMNO Bahagian Pandan dipenjara 8 tahun, dend...
- APA?? Ketua Pemuda UMNO hutang berjuta RM tak baya...
- Inikah Kroni yang bakal mengaut keuntungan dari Re...
- Video Samseng UMNO panjat Pacuan Empat Roda untuk ...
- Isu Tanah Kubur di Pulau Pinang... Pencacai UMNO K...
- Video penyokong MCA pula belajar mengganas terseba...
- Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap berlangsung wala...
- Terdesak nak kekal berkuasa.. RELA pula diarah sok...
- Rebat RM200 hanya untuk smartphone berharga kurang...
- Terdesak nak kekalkan kuasa.. UMNO adakan 'Latihan...
- Video Samseng UMNO tunjuk isyarat lucah dan tampar...
- 55 tahun Merdeka.. Jalan macam ni pun masih ada? (...
- Video pacuan empat roda Kembara Oren cuba rempuh P...
- Kalau nak harapkan UMNO/BN.. mungkin kena tunggu 3...
- Bekas Pengarah JSJ menyesal masuk PAS?.. Pencacai ...
- Video Makcik Felda Histeria halang Konvoi Oren ter...
- Benarkah Zizan Rajalawak turut sama bantah AES dep...
- Video Keganasan Pencacai UMNO terhadap Konvoi Oren...
- Inikah sebabnya Ummi Hafilda tak perlukan Azmin Al...
- Patutlah ADUN Sungai Rapat ni meroyan.. takut kena...
- Hukuman penjara terhadap Umar ditangguhkan..
- Utusan kantoi menipu dalam laporan “Balak: Pas Ked...
- Memorandum diserah.. tapi mana Mazidul?.. dah lari...
- Ummi Hafilda nak kawin dengan Hero Hindustan?
- Alahai.. kesiannya.. Majlis Muhyiddin pun tak dapa...
- Bila agaknya buku 'NEGARAKU' yang dilancar Hishamu...
- Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ diha...
- GEMPAR!! Ibrahim Ali bercakap dengan Kerusi di Hul...
- Dunia belum kiamat, Berjuang sampai tamat
- Eh? Muhyiddin dah rampas kuasa ke ni??
- Pergaduhan di Sungai Petani.. Apa kata penduduk.. ...
- Kemana sebenarnya 10,526 ekar tanah yang dikatakan...
- Dituduh rasuah tanah 10,526 ekar tanah bernilai RM...
- Samseng UMNO antara 78 sertai PAS di Felda Bukit P...
- Video Lucah Deepak bakal tersebar?
- 396 ahli Pas Semerak keluar PAS, sertai UMNO setel...
- Najib umum berjuta untuk BR1M.. tapi Hospital nak ...
- Perkembangan terkini kes gaduh di Sungai Petani.. ...
- UMNO kata memperjuangkan Bangsa Melayu.. tapi adak...
- Lynas ni nak jadikan Rakyat Malaysia sebagai tikus...
- Habislah PAS Kedah.. Tengok ni.. ramainya Pemuda U...
- Patutlah tak kena tangkap samseng Gombak tu.. Pemu...
- Gagal memujuk.. Buku memburukkan Presiden PAS 'Ka...
- Ceh!! Propaganda Barisan Nasional rupanya pergaduh...
- Pelakon Terkenal Tanahair muncul dalam program PKR...
- Pencacai UMNO kata Pembantu peribadi Ahli Parlimen...
- Perkara ini perlukan jawapan dari Najib ..
- Kebodohan Pemimpin UMNO dibidas Presiden Indonesia...
- Najib bohong lagi!! MB Terengganu sahkan!!
- Rayuan oleh Ahli PERKASA buat Rais Yatim.. sebab t...
- Manchester City sediakan Surau untuk pemainnya.. d...
- Apa hal pulak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ke...
- RTM pun boikot Ibrahim Ali dan PERKASA?..Alahai.. ...
- Sticker ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kam...
- Kerana kebebalannya.. Ibrahim Ali dikritik oleh 5 ...
- Samseng upahan UMNO menyerang bas Jelajah Merdeka ...
- Sebab kakitangan CIMB piket didedahkan!! (Video In...
- Artis Rock yang menyokong UMNO buka Kelab Malam?
- Gambar dari Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pina...
- TV3 dah mohon maaf... Mazidul bila lagi?
- Bro.. cari cara lain lah nak provoke.. cara ni nam...
- GEMPAR!! Gara-gara menyokong PAS, Pegawai Polis in...
- PERKASA dedahkan Pakatan Rakyat akan beli Ahli UMN...
- Rosmah lancar kapal latihan TLDM sambil diperhatik...
- Utusan Kantoi cuba perbodoh Melayu!.. Azeez bukan ...
- APA?? Najib arahkan Bala tarik balik SD? (Video In...
- Utusan disahkan sebar fitnah lagi!! dan diarah bay...
- Digelar 'Anjing Imperialis'.. Ini jawapan BJ Habib...
- Sejak bila Ali Rustam dilantik jadi pencacai Rosma...
- Tahniah Najib!! keranamu Malaysia telah dinobatkan...
- Tengok nih!! Kejamnyaa.. Budak 4 tahun pun dibelas...
- Akibat kebodohan Pemimpin UMNO.. inilah hasilnya.....
- Nik Aziz jadi Wali pada Apek?.. bodohnya Pencacai ...
- Deepak nafi Anwar Ibrahim dalang pendedahannya dan...
- Sebab Mahathir sokong Rosmah, Shah Rukh Khan akan ...
- Setelah laporannya mengenai AES Kantoi.. Mazidul A...
- Ini bukti UMNO membela nasib Melayu.. Wakil UMNO m...
- SD oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah ini mem...
- Kerana menangis teresak-esak semasa Perhimpunan A...
- Pengerusi Tetap Wanita UMNO dianugerah projek jala...
- Bukti Melayu terbela di bawah UMNO.. Datuk Yahya S...
- Tengok ni! nak meramaikan Pesara Tentera ke Majlis...
- Musa Hassan dakwa Robert Phang arah Polis luluskan...
- Najib makan di Restoran yang diragui status Halal ...
- Ahmad Maslan jadi penasihat Biografi Rosmah..
- Ahli Parlimen Jerantut tak keluar UMNO la..
- Prihatinnya Najib nie.... terharu aku melihatnya.....
- Gambar-gambar sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat ...
- Tak cukup dengan Utusan Malaysia, UMNO guna The St...
- Monorel lagi?.. Dulu Pak Lah pun janji Monorel jug...
- Pesanan dari Penduduk Kampung Gombak Utara buat Ke...
- Dua Kamera AES disembur cat merah.. rugilah kroni ...
- Akhirnya.. Umpan Najib dimakan seekor katak di Pul...
- UMNO guna kaedah Zionist untuk halang Konvoi Kemba...
- Gambar sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat negeri ...
- UMNO bela akidah orang Islam konon.. Malaysia akan...
- Najib tak jadi mai Penang esok?.. betoika?
- Utusan akan disaman lagi oleh Guan Eng!!
- Disaman RM10Juta.. PapaGomo tak mengaku dia pemili...
- Gambar dan Video suspek yang menikam petugas Pakat...
- Kerana fitnah, Ketua Pemuda ini bakal disaman Guan...
- Keganasan UMNO di Gombak : Ini catatan dari orang ...
- Pengerusi BN Pulau Pinang pertikai peruntukan Hal ...
- Wajah penyokong pembangkang yang mencetuskan kegan...
- Hebatnya lakonan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Gomb...
- Penjelasan dari Samseng UMNO tentang keganasan di ...
- Laporan Polis dibuat terhadap Samseng UMNO Gombak....
- UMNO arah provokasi ceramah Gombak.. SMS sebagai b...
- 1,600 Keluar PAS sertai UMNO..
- Video rakaman awal keganasan Samseng UMNO di Gomba...
- Gambar Samseng UMNO mengganas di Gombak, seorang d...
- Kamera AES di Lebuhraya Lembah Klang Selatan Ditur...
- UMNO fitnah PAS lagi!! kali ini kaitkan PAS dengan...
- Ingatkan Pemuda UMNO saja yang ganas.. Wanita UMNO...
- "Saya ada bukti PAS Parti Ajaran Sesat.." kata dia...
- Malu weh!! Pencacai UMNO Kantoi lagi akibat kebodo...
- Lagi bukti kekejaman pemimpin UMNO.. (Video Inside...
- PANAS!! Mahathir arah pemimpin UMNO gulingkan Naji...
- Tengok ni.. Sinar Harian memeningkan kepala Najib ...
- UMNO Pulau Pinang menipu di Perhimpunan Agung UMNO...
- Alahai Bank Islam.. ketika ummat Islam boikot McD....
- Rumah Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dipecah mas...
- Presiden Parti 'Pilihan Allah' terus berucap tanpa...
- Empat lagi bekas Pegawai Tinggi Kerajaan sertai PA...
- Nak bodek Najib punya pasal.. Khairy tipu statisti...
- Seperti dijanjikan Zahid Hamidi semalam.. Ini jawa...
- Tak yakin pertahan Bentong, MB Pahang tak jadi nak...
- Anwar bukan pengurus ekonomi yang cekap?.. Betulke...
-
▼
December
(142)

