Friday, December 21, 2012

Dituduh rasuah tanah 10,526 ekar tanah bernilai RM30Juta.. Ini jawapan TG Nik Aziz dan Ngeh..


17 Disember lalu, sebuah Blog Pro UMNO dari utara Semenanjung telah menyiarkan beberapa dokumen yang dakwanya diterima dari seorang pemimpin DAP selepas Kongres DAP di Pulau Pinang.

Dakwanya pemimpin DAP itu memintanya agar mendedahkan siapakah Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang sebenarnya.

Dari pendedahannya itu beliau mendakwa kononnya Ngeh dan Nga terlibat dalam penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu.

Tanah yang didakwa telah diberikan kepada Ngeh dan Nga itu terletak di Relai, Daerah Chiku, Gua Musang.Kelantan dan ianya berkeluasan 10,526 ekar dengan nilai dianggarkan sekitar RM 30Juta.

Jika benar dokumen itu dibekalkan oleh pemimpin DAP yang kecewa dengan perlantikan Ngeh dan Nga itu, sepatutnya ianya disalurkan terus kepada SPRM untuk siasatan bukannya kepada Blog tersebut.

Kerana mana mungkin SPRM tidak akan menyiasat perkara yang melibatkan pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat terutamanya TG Nik Aziz..

Lainlah kalau tuduhan dilakukan terhadap Pemimpin UMNO/BN… bekalkan bukti setebal novel pun depa buat bodoh saja.. contohnya kes ini (baca di SINI )..

Berbalik kepada tuduhan Blog Pro UMNO itu.. berikut adalah jawapan dari TG Nik Aziz..

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah.

"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam.

Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat.

 "Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.

"Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati," katanya ~ Sinar

Dan berikut pula adalah kenyataan dari Ngeh yang dituduh menerima rasuah itu..

IPOH - “Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Itu respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan.

Katanya, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali kerana dirinya memegang prinsip untuk tidak memberi mahu pun menerima rasuah sejak remaja lagi.

Malah menurut Pengerusi DAP negeri itu, pengalamannya sebagai pemimpin bagi sebuah gereja Methodist tidak lama dahulu telah membantu mendisiplinkan dirinya dalam isu berkenaan.

“Saya telah memegang prinsip untuk tidak memberi atau menerima rasuah sejak zaman remaja lagi.

“Malah, guru penasihat saya di gereja berkenaan juga terpaksa menduduki ujian memandu sebanyak tujuh kali semata-mata tidak mahu terlibat dalam gejala rasuah yang berleluasa pada ketika itu.

“Dengan berpandukan prinsip inilah saya dapat menikmati hidup yang selesa dan diberkati Tuhan sehingga ke hari ini,” katanya pada sidang media semalam bagi menjawab dakwaan Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengenai isu berkenaan.

Hadir sama pada sidang media itu, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming; Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.

Sementara itu, Koo Ham berkata, penafian berkenaan sekali gus diharap dapat membantu membersihkan sekali nama Kerajaan Kelantan yang didakwa turut menganugerahkan tanah seluas 4,210 hektar.

Katanya lagi, nilai tanah yang dianggarkan bernilai hampir RM30 juta itu turut melibatkan beberapa lokasi seperti Relai serta Chiku yang berhampiran dengan Gua Musang.

“Saya harap penafian ini akan turut membersihkan nama Kerajaan Kelantan kerana tuduhan berkenaan adalah satu fitnah.

“Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,” katanya lagi ~ Sinar

Itu jawapan mereka.... yang menjadikan tuduhan Pisau.net itu sebagai satu FITNAH!!!

Aku terkedu bila baca ayat Ngeh yang ini.. “Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,”

Orang bukan Islam mengingatkan orang Islam bahawa fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh??

Malu weh!!!
 
Baca juga penjelasan dari SU Akhbar TG Nik Aziz tentang kemana perginya tanah itu yang sebenarnya di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails