Monday, December 3, 2012

Alahai Bank Islam.. ketika ummat Islam boikot McD.. dia pulak promote McD..


Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong.

Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata mereka yang anti-boikot ini:

- Google pun support Israel, boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M’sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pun!
- Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan boikot McD!

Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh.

Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot. Sayangnya pada McD begitu menebal sekali. Begitu kasih sekali.

Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih! Takjub sekali.

Saya membelek-belek buku lama Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut:

“Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu.

1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa.

2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka )

3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.

4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin.”

Ada kata-kata yg menarik dari beliau:

“Jika org2 Yahudi anggap diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!”

So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah ‘boikot’ mereka yang anti sangat ini sudahlah.

Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata ~ akuislam.com

Tapi.. apahal pulak Bank Islam ni promote McD pulak??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails