Wednesday, December 26, 2012

55 tahun Merdeka.. Jalan macam ni pun masih ada? (Video Inside)


Ini adalah sebuah jalan Bakuku-Ulu Tomani di Tenom, Sabahyang dibina menggunakan kaedah 'Soil Stabilizer', kos asal ialah RM927,840 tetapi meningkat menjadi RM2,050,350.

KAEDAH 'Soil Stabilizer' adalah kaedah yang digunakan untuk membina jalan-jalan di dalam ladang Kelapa Sawit yang mana jumlah kenderaan yang menggunakannya adalah kurang.

Tetapi kaedah ini telah digunakan untuk membina jalan raya yang menghubungkan Bakuku dan Ulu Tomani, Tenom, Sabah untuk digunakan oleh masyarakat Bakuku dan juga Ulu Tomani.

Projek ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui anak syarikat FELCRA iaitu Felcra Bina Sdn.Bhd.

Dan Menteri bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ialah Datuk Shafie Apdal pemimpin dari Sabah sendiri.

Papantanda yang masih terpacak tetapi jalan telah rosak
"Pada pendapat saya, Jalan Bakuku-Ulu Tomani ini adalah pelaksanaan projek yang gagal secara total. Tambahan pula KKLW hendaklah menerima hakikat bahawa FELCRA bukanlah Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya atau Jabatan Pengairan dan Saliran.

Fungsi Felcra hanya bangunkan tanah dan bukannya membina jalan raya," ujar Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi. Kata Raime, walaupun kos pembinaan jalanraya Bakuku-Ulu Tomani mengikut Kaedah Soil Stabilizer hanya menelan belanja RM 2,050,350 (harga asal hanya RM927,840); namun telah melukakan hati penduduk kampung kerana mereka sepatutnya mendapat jalan yang bermutu tinggi dan bukannya jalan keropok yang dibina Felcra Bina Sdn.Bhd.

"Saya tidak hairan jika pembangkang menggelarkan projek ini sebagai Pusara BN di atas jalan raya," ujar Raime yang secara sinis menegaskan bahawa beliau ditanya oleh penduduk kampung di mana sudah 'engineer' Felcra atau 'engin air' Felcra sampai jalanraya yang dibina oleh Felcra boleh ditanam padi?


Dalam pada itu, seorang penduduk, Roger menjelaskan bahawa Jalan Bakuku yang dibina Felcra hanya sesuai untuk sawah padi kerana semua aspal hilang entah ke mana dan becak di waktu hujan. "Ini jalan hanya sesuai untuk tanam padi sahajalah.


Jalan yang dibina Datuk Shafie Apdal ini adalah antara jalan yang paling bagus di dunia," ujar Roger sambil mengetuai penduduk kampung menanam padi di atas permukaan jalan raya yang berlumpur tebal.

Manakala Mantan Pengerusi JKKK, Palipi Bin Kiri, mengakui bahawa kontraktor yang membina jalan berkenaan memberitahu beliau bahawa jalan yang dibina mengikut kaedah Soil Stabilizer boleh bertahan selama 30 tahun.

"Tetapi belum sampai tiga bulan, sudah berlubang di sana sini dan lihatlah kebanyakannya sudah hancur lebur. Kami tidak puas hati dengan perlaksanaan projek ini. Inikah janji ditepati? Beginikah Janji 1Malaysia," kata Palipi yang disahut serentak oleh penduduk kampung dengan laungan "1Malaysia".

Penduduk Kampung Bakuku meneriakkan slogan 1Malaysia sebelum menanam benih ke lapa di atas jalan raya
Beginikah Janji 1Malaysia?
Palipi turut mengetuai sekumpulan penduduk kampung menanam dua benih kelapa di atas Jalan Bakuku yang dibina Felcra sambil melaung, "Ini Jalan Kelapa, bukan jalan raya," sebanyak tiga kali secara sepontan.

Sementara itu, Matani Atal, berkata pihaknya merasa rugi membayar cukai untuk membayar gaji Menteri KKLW dan menyarankan agar Perdana Menteri memotong gaji menteri berkenaan.

"Cukup-cukuplah dalam aircond. Turun padanglah. Kasianlah sama kami. Selama ini kami pilih BN, tetapi kalau begini susahlah. Kenapa kami perlu undi BN lagi pada PRU-13 jika jalan kami begini?" ujar Matani yang bertungkus lumus membantu membaiki jalan bersama penduduk kampung agar lori Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dapat melalui jalan berkenaan setelah terperangkap selama sejam setelah lori membawa batu terkubur dan menghadang lalu lintas.

Bagi pemandu lori LIGS, Balang Lating, beliau sering kali mengalami masalah untuk mengangkut getah beku dan skrap daripada Kampung Bakuku kerana keadaan jalan berkenaan semakin rosak teruk sehingga lorinya sering terkandas.

Sebahagian jalan yang dibina Felcra sudah menjadi kolam untuk menternak ikan.

Sumber : Sabahkini.net

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails