Saturday, November 17, 2012

UMNO/BN meniru PR lagi...


Dulu bila PKR melancarkan Bas Jelajah Merdeka Rakyat, berbagai-bagai kutukan yang pencacai UMNO lemparkan terhadap bas ini..

Ada yang mengatakan Anwar tak malu kerana wajahnya sebesar dua tayar bas terpampang pada dinding bas ini dan ada juga mengatakan ini ditiru dari cara kempen Tayyib Erdogan dari Parti AK di Turki.

Dan ada juga yang mengatakan cara berkempen menggunakan bas ini telah dipelopori oleh Najib Tun Razak sendiri yang berbeza cuma bas Najib tidak terpampang wajah Najib.

Tapi.. dalam diam dan tanpa disedari ramai.. setelah bas jelajah Merdeka Rakyat dilancarkan, UMNO/BN pun menirunya, mereka juga meletakkan gambar Najib dan Muhyiddin pada bas milik UiTM yang diperguna untuk program yang UMNO/BN punya kepentingan.


Kemudiannya setelah PKR melancarkan treler yang boleh ditransformasikan menjadi pentas untuk ceramah diadakan, DAP menurut langkah itu.

Antara kenderaan yang dilancarkan oleh DAP ialah sebuah treler dan juga sebuah lori kecil yang dah hilang dicuri baru-baru ini..

Dan menggunakan lori sebagai pentas untuk mengadakan ceramah ini juga telah ditiru oleh UMNO/BN...


Itulah.. bila PR mulakan semua pencacai UMNO kutuk.. tapi bila UMNO/BN juga meniru apa yang dilakukan PR semua pencacai diam..

Lepas ni apa pulak agaknya yang Najib nak tiru Anwar pula..

Kalau tak ada idea.. aku cadangkan Najib supaya meniru Anwar sebagai Ketua Pembangkang pula..

Sumber gambar : FB Kim Jung Woo

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails