Friday, November 23, 2012

Scandal RM40 Juta, kini mendapat perhatian Media Antarabangsa


Akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) hari ini menyiarkan laporan berhubung pertemuan antara delegasi Pakatan Rakyat dari Malaysia berjumpa dengan Suruhanjaya Anti Rasuah negara itu (ICAC) semalam bagi mendesak suruhanjaya itu membuka semula siasatan skandal wang RM40 juta yang dibawa jutawan balak Sabah, Michael Chia empat tahun lalu.

Selain disiarkan di dalam keluaran cetak akhbar itu, SCMP turut menyiarkannya di laman web akhbar mereka dalam ruangan 'City Digest' yang turut diterbitkan hari ini dan disiarkan ke seluruh dunia.

Memetik laporan mereka bertajuk 'Malaysia Delegation Seeks ICAC Inquiry' (Delegasi Malaysia Tuntut Siasatan ICAC), delegasi Malaysia itu yang diwakili empat pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan perjumpaan dengan pegawai ICAC dengan membawa bukti baru bagi menyokong permohonan mereka supaya ICAC membuka kembali siasatan mereka yang dikatakan sudah ditutup oleh Menteri di Jabatan Perdana Mentri, Nazri Aziz tahun lalu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang masih berada di negara bekas tanah jajahan British itu juga memuat naik gambar berhubung laporan SCMP di laman Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam mesejnya, Rafizi menulis:

@rafiziramli: With attention from SCMP, Reuters etc, HK legislators & Alliance (prominent NGO), the RM40m scandal is not going away #fb

@rafiziramli: Dengan perhatian (laporan) dari SCMP, Reuters dan lain-lain, Pegawai Undang-undang dan Perikatan HK, skandal RM40 juta tidak akan hilang lagi #fb

SCMP merupakan akhbar paling luas edarannya di Hong Kong dan Selatan China termasuk pusat kewangan negara itu di Shanghai serta berada pada kedudukan ke-11,184 dunia menurut ranking terbaru Alexa.com yang dikeluarkan semalam.

Pastinya, Musa, Chia dan Nazri akan mendapat perhatian dunia selain Malaysia terpalit sekali lagi dengan skandal memalukan imej negara di peringkat antarabangsa.

Satu sidang media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, Selangor petang ini sejurus sekembalinya delegasi itu hari ini ~ Jalan Pulang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails