Wednesday, November 21, 2012

Pemimpin UMNO ni kata, UMNO juga rakyat jadi boleh dapat tanah..


Lelaki di atas ialah Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang, Selangor.

Dia kata "Umno itu adalah rakyat. Umno mewakili 400,000 rakyat Selangor dan 400,000 rakyat Selangor ini membayar cukai. Ini (tanah) rakyat Selangor yang dapat.

"Ini bukan untuk individu tetapi suatu pertubuhan yang ramai. Tak boleh ke Umno menerima dana untuk membina dewan serbaguna, dewan-dewan masyarakat untuk kegunaan masyarakat?

"Keseluruhan tanah adalah tanah yang digunakan untuk dewan, tadika dan sebagainya... semua untuk kepentingan rakyat, bukan individu," kata Shukor.

Aku tak tahu nak komen panjang-panjang pasal perkara ni sebab aku bukan rakyat Selangor..

Cuma kalau mengikut apa yang dia kata tu.. tanah yang dah UMNO dan sekutunya rembat tu telah dirembat bagi pihak 400,000 rakyat Selangor..

Tapi yang menghairankannya kenapa masih ramai rakyat Selangor masih tinggal di rumah flat sedangkan UMNO telah mendapatkan tanah bagi mereka?

SHAH ALAM, 21 Nov — Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari Kuang hari ini menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat.

Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus.

"Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai.

"Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang dewan undangan negeri Selangor semalam yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa.

Tuduhan itu melibatkan 24 plot tanah awam di tujuh dari sembilan daerah negeri terkaya itu, dimana dimiliki oleh cawangan dan bahagian Umno, MCA, MIC dan Gerakan sekitar tahun 2000 hingga 2008.

Plot tanah berkeluasan sehingga tujuh ekar setiap satu dan jumlah keseluruhan adalah 33.5 ekar, kebanyakannya di kawasan komersil.

Daripada 24 plot, 15 dimiliki bahagian atau cawangan Umno, dengan enam dimiliki oleh Umno bahagian Sungai Besar, yang diketuai oleh bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo.

MCA mempunyai lima plot, MIC tiga dan Gerakan satu.

Datuk Seri Samy Velly, bersama dengan S Subramaniam dan Allahyarham Tan Sri SOK Ubaidullah, salah seorang pengasas MIC, dinamakan sebagai pemegang amanah bagi tanah berkeluasan 2,832 meter persegi di Kuala Selangor.

Plot tanah terbesar ialah tanah berkeluasan tujuh ekar di Klang, yang dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja, dan 6.5 ekar tanah di Batu 14, Puchong, yang dimiliki Umno bahagian Puchong.

Adun Sekinchan Ng Suee Lim mencabar parti komponen BN untuk memulangkan kembali tanah tersebut kepada rakyat jika mereka benar-benar mahu menjaga kebajikan rakyat.

"Mereka perlu buktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, bukan kata-kata kosong, kata berjuang untuk rakyat, tapi merampas tanah mereka," katanya lagi semalam - The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails