Tuesday, November 6, 2012

Nurul Izzah saman Utusan dan Berita Harian kerana putar-belit kenyataannya..


Berikutan dengan tersiarnya laporan dari Utusan @ Lidah Rasmi UMNO d atas pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan aktivis Islam mengecam kenyataan Nurul Izzah Anwar itu.

Antara yang bangkit bersuara ialah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Jalur Tiga, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga Penasihat Pelajaran Islam, Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), aktivis Pas dan bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia.

Mereka juga meminta pihak berkuasa agama Islam bertindak kerana kenyataan sedemikian telah menjadi isu dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Oleh kerana Utusan telah memutarbelikan kenyataannya maka hari ini...

KENYATAAN MEDIA 

6 November 2012 
UNTUK SEBARAN SEGERA 

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.


Nurul Izzah Anwar 
Ahli Parlimen Lembah Pantai, 
merangkap Naib Presiden KEADILAN 

Dah jadi lubuk duit kepada pemimpin Pakatan Rakyat pula Lidah Rasmi UMNO ni..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails