Thursday, November 8, 2012

Kesian kat depa... dah kena kencing rupanya..


Menurut Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Faridahani beliau difahamkan bahawa kebanyakan penyokong yang hadir pada hari Khamis yang lepas telah ditipu oleh pihak penganjur bahawa mereka akan diberikan wang tunai sebanyak RM50 berserta hamper sekiranya mereka hadir untuk memberi sokongan tapi hampeh...

Kesian kat depa... kah..kah..kah..

Itulah.. lain kali kalau nak buat demo tu pergi tanya yang dah senior dalam kerja-kerja demo di Pulau Pinang ni.. apa nama tah.. aku lupa pulakdah..

Pasal dia percaya kat penganjur sekarang dia sendiri dikejar ceti... kena kejarla pasal hutang tak bayar, macam mana dia tak berhutang dulu semua banner demo tu nak kena bayar kepada pembuatnya, pengikut dia pun dia nak kena bayar dulu.. tak bayar tak ada orang pulak.

Bila penganjur dah kencing dia.. terpaksalah dia lari dari ceti pulak. ha..ha..ha.. (kawan aku yang duduk sebelah rumah dia cerita ni)

Kerajaan Negeri pada hari Khamis yang lepas iaitu pada 1.11.2012, hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang , telah menerima satu memorandum daripada sekumpulan penyokong Automated Enforcement Systm(AES) yang telah menghantar petisyen agar Kerajaan Negeri melaksanakan sistem AES di Pulau Pinang bagi menjamin keselamatan rakyat Pulau Pinang.

Mereka membantah keputusan kerajaan negeri dan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng kerana tidak benarkan 56 buah kamera 1Malaysia AES dipasang di Pulau Pinang.

Ketua Menteri telah meminta penjelasan penuh diberikan oleh Kementerian Pengangkutan tentang sistem komisen untuk setiap saman trafik yang dlkeluarkan yang akan diuntung oleh syarikat swasta tertentu kerana ia lebih bersifat suatu alat cari wang daripada penguatkuasaan. Kementerian Pengangkutan telah menangguhkan suatu mesyuarat yang diaturkan pada 31.10.2012.

Susulan daripada penerimaan petisyen dan memorandum tersebut, YAB Ketua Menteri telah mengarahkan agar satu perjumpaan dibuat di antara penyokong AES ini dengan pihak kerajaan negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 5hb November 2012 jam 10.00 pagi bagi membincangkan perkara ini ataupun pada apa-apa tarikh yang sesuai bagi mereka..

Memandangkan memorandum tersebut tidak bernama dan juga tidak beralamat, bantuan daripada Pejabat YB Professor Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II telah dipohon bagi mengaturkan perjumpaan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak kami telah menerima khabar mengatakan bahawa kumpulan ini tidak berminat untuk berjumpa. Ini sekaligus menunjukkan bahawa mereka ini tidak serius dan hanya mahu mencetuskan kekacauan di Bangunan Kerajaan. Kini mereka "hilang" dan tidak dapat dihubungi.

Pihak Kerajaan Negeri berpendapat bahawa kumpulan ini bukan sahaja tidak bersungguh di dalam perkara ini malah difahamkan bahawa kebanyakan penyokong yang hadir pada hari Khamis yang lepas telah ditipu oleh pihak penganjur bahawa mereka akan diberikan wang tunai sebanyak RM50 berserta hamper sekiranya mereka hadir untuk memberi sokongan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pihak penganjur harus dicela kerana telah menipu dan menimbulkan kacau ganggu di Bangunan Kerajaan.

Jelas sekali ada kumpulan yang kini dibiayai untuk buat demonstrasi secara profesyenal terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Faridahani
Pegawai Khas Ketua Menteri 

*Kenyataan Akhbar Oleh Setiausaha Sulit YAB Ketua Menteri Farida-Hani pada 8hb November 2012 di George Town, Pulau PinangP

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails