Thursday, November 8, 2012

Kenyataan dari UNHCR Berkaitan Aktiviti di Stadium KLFA


Segalanya bermula bila sorang pengguna Facebook,Shirley Gabriella mendedahkan, beliau terkejut apabila menyaksikan pada pukul 6:45am jumaat lalu ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium) untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanapun menurut pihak UNHCR , mereka kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar.. Ini terjemahan kenyataan itu...

Kenyataan dari UNHCR Berkaitan Aktiviti di Stadium KLFA
7 Nov 2012

Pihak UNHCR kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar di Stadium KLFA di Cheras.

Pemohon suaka yang belum berdaftar itu terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar Muslim, dan Myanmar Tamil dari Myanmar.

Ini adalah sebahagian daripada proses berterusan pihak UNHCR untuk mengumpul maklumat tentang pemohon suaka yang tidak lagi berdaftar di Malaysia.

Pengumpulan data akan membantu pihak UNHCR dalam perancangan program masa hadapan, termasuk program pendaftaran di masa hadapan.

Bagi tujuan perancangan, UNHCR perlu tahu siapakah pemohon suaka yang belum berdaftar di negara ini, dan aktiviti pengumpulan data sebegini membantu kami mendapatkan maklumat ini.

Pihak UNHCR telah melakukan aktiviti ini buat komuniti Myanmar yang lain tahun lepas, dan kami telah merancang untuk melakukan aktiviti ini untuk tiga komuniti yang tersebut di atas, pada tahun ini.

Boleh percayake?.. Kalau Media luar negarapun boleh dibayar berpuluh juta RM untuk mereka cerita yang baik bagi memulihkan imej Najib.. pegawai-pegawai UNHCR ni... apalah sangat ...

cuba baca apa yang terpapar dalam printscreen di bawah berkenaan Pelarian Burma di Langkawi..


Ini pula perbualan King Jason dengan Dato Ahmad Kuah..


Lagi pendedahan mengenai Pelarian Burma di Langkawi yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh UMNO/BN sila baca di sini ( King Jason )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails