Monday, November 19, 2012

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus tentang fitnah beliau makan di McD oleh Pencacai UMNO


Tertanya-tanya juga aku kenapa agaknya Ustaz Azhar Idrus seorang Ustaz yang disukai oleh kebanyakkan anak muda yang berugama Islam tidak disukai oleh Blogger UMNO..

Sedangkan beliau cuma menerangkan apa yang sepatutnya beliau sebagai seorang Ustaz sampaikan dalam setiap program yang melibatkannya..

Terbaru, sekali lagi beliau dijadikan sasaran serangan oleh Blogger-blogger UMNO.. ada yang menuduh Ustaz ini adalah seorang munafik kerana dalam setiap ceramah beliau menggesa orang ramai memboikot barangan dari Israel tapi beliau dan keluarganya sendiri makan di McD.

Berikut adalah antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Ustaz Azhar Idrus

Tika semua orang berdukacita dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang dihujani dengan peluru tiap hari, Azhar Idrus sudah lama memulakan 'boycott' terhadap produk Israel ini iaitu McDonald.

Munafiq kah Azhar Idrus melarang umat Islam untuk membeli produk Israel ini tapi tidak mengapa bagi dia dan keluarganya. Tiap hari berceramah mengutuk tindakan Israel tanpa menyedari diri sendiri tetap menyokong produk keluaran Israel sejak dari dulu lagi.

Benarkah tuduhan oleh Blogger UMNO itu atau ianya sekadar satu lagi fitnah mereka terhadap Ustaz Azhar Idrus??

Berikut adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus sendiri..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails