Wednesday, November 28, 2012

Inikah caranya UMNO tegakkan Syiar Islam?


Mula-mula korang baca laporan dari BERNAMA ini dulu pasal UMNO menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini..

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012  menyediakan wadah bagi parti memperkukuh usaha memartabat syiar Islam yang diperjuangkan Umno sejak sekian lama sehingga Malaysia menjadi negara Islam teladan.

Perhimpunan yang berlangsung sehingga 1 Dis ini, dan bermula dengan persidangan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno hari ini, bukan sahaja suatu kelangsungan kepada politik dan masa depan orang Melayu, tetapi juga Islam sebagai agama persekutuan.

Tanpa menggunakan label Islam pada namanya, Umno dengan penuh bijaksana memperkukuh syiar Islam dalam serba kesederhanaan pada ketika penganut ajaran lain turut mengamalkan agama masing-masing dengan selesa.

Namun mungkin kerana cemburu dan takut atas hakikat kejayaan Umno itu, ada percubaan pembangkang yang menggunakan label Islam, untuk menidakkan keIslaman Umno pada ketika parti pembangkang itu sendiri gagal berbuat apa-apa untuk Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya berkata Islam terbina atas lima perkara; mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji.

“Umno adalah pelopor yang jelas bagi lima perkara itu dalam negara kita.  Kerajaan yang diterajui Umno telah mewujudkan badan-badan yang memantau soal akidah berteraskan syahadah.

“Bagi rukun Islam kedua, solat, kerajaan menyediakan banyak masjid dan surau dan kita boleh bersolat secara terbuka, tanpa halangan dan gangguan,” katanya kepada Bernama di sini.

Fathul Bari berkata dalam rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa, kerajaan menerusi badan-badan tertentu bukan sahaja menguatkuasakan larangan makan minum secara terbuka dalam kalangan orang Islam, malah membudayakan solat tarawih.

“Bagi Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, pengurusan baitulmal di negara ini antara yang cemerlang di dunia. Begitu juga bagi Rukun Islam yang kelima iaitu haji, kita mempunyai badan (Tabung Haji)yang begitu berjaya dalam menguruskan soal jemaah haji ke Makkah dan diiktiraf terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata memandangkan lima asas itu telah didukung kepimpinan Umno, maka dakwaan pihak tertentu kononnya Umno tidak memperjuang Islam adalah karut semata-mata.

“Dari segi dasar, Umno adalah parti yang menegak, mempertahan dan mengembangkan agama Islam di negara ini. Tiada pihak yang waras yang akan menafikannya,” katanya.

Sementara itu Naib Ketua Umno bahagian Kuantan, Datuk Shafik Fauzan Shariff berkata Umno yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dalam Perlembagaan.

Shafik Fauzan yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Pahang berkata hasil perjuangan Umno selama inilah juga, orang Melayu dan agama Islam tidak boleh dipisahkan

“Jelas dalam Perlembagaan, Melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu, ini adalah hasil perjuangan Umno,” katanya.

Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Suffian Awang berkata Umno sejak dahulu, kini dan selamanya akan terus memperjuang syiar Islam.

“Dalam konteks yang lebih luas, kerajaan di bawah kepimpinan Umno telah melaksanakan pelbagai dasar dan program dalam usaha memartabat Islam di negara ini.

“Contohnya, di Malaysia, kita melaksanakan perbankan Islam, kita menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, kita ialah pelopor industri makanan halal dan berusaha memberi keyakinan kepada umat Islam mengenai pengesahan halal pada pelbagai aspek.

“Tidakkah Umno juga yang mengembangkan syiar Islam dan memajukan ekonomi umat Islam? Umno adalah parti yang menggunakan politik untuk mengukuhkan syiar Islam, sebaliknya parti pembangkang menggunakan Islam untuk meraih keuntungan politik,” katanya.- BERNAMA

Kata mereka UMNO memartabatkan Islam, UMNO menegakkan syiar Islam dan berbagai lagi lah..

Tapi di pentas yang sama, di lokasi yang sama, di bangunan yang sama, di depan orang yang sama mereka terlibat pula dalam event kat bawah ni...


Nak tegakkan syiar Islam atau nak tegakkan apa benda ni?

Sumber gambar : AmenoWorld

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails