Friday, November 9, 2012

Himpunan Pemuda PAS bantah Nurul Izzah dianjurkan oleh Papa Gomo?


TERBACA berita tentang sebaran SMS palsu menjemput orang ramai menyertai himpunan aman serta penyerahan memorandum oleh Pemuda PAS membantah Nurul Izzah kononnya kerana menyamakan Islam dengan agama lain serta menyokong LGBT.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi mengesahkan bahawa SMS tersebut adalah SMS palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Ramai juga sahabat yang hampir percaya kepada SMS palsu ini, antaranya ialah MiLo SuaM.

Beliau sendiri ada menerima SMS seperti ini melalui BBM (Blackberry Messengger).

Menurut MiLo SuaM jika ditanya kepadanya siapakah barua atau dajjal yang menyebarkan SMS palsu ini?

Jawabnya ialah  SMS ini dicipta dan disebarkan oleh gabungan blogger lucah United Malays No Otak.

Ini kerana mesej ini dikesan paling awal disebarkan oleh blogger lucah Papa Gomo.


Beliau telah menerima mesej ini daripada Papa Gomo pada jam 4:27 petang hari Rabu lepas.

Maknanya Himpunan ini kalau ada pun bukan dianjurkan oleh Pemuda PAS, sebaliknya dianjurkan oleh Papa Gomo.

Kita dah faham sangat bahawa propaganda kononnya Pakatan Rakyat menyokong LGBT ini adalah propaganda blogger-blogger United Malays No Otak.

Sumber dari sini ( MiLo SuaM )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails