Thursday, November 1, 2012

Hasan Ali tubuh rangkaian TV, radio online


Menyedari bahawa beliau tidak mungkin punya peluang untuk menang jika bertanding dalam PRU13 nanti baik atas tiket PAS mahupun UMNO, Hassan Ali menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.



IMR Network merupakan badan pengendali IMR FM dan IMR TV. Sebagai badan Induk, IMR Network bertindak sebagai pembuat dasar disamping menentukan IMR FM dan IMR TV berjalan mengikut visi, misi dan matlamat yang ditetapkan.

IMR FM dan IMR TV menyiarkan program mengagungkan Islam, memartabatkan Bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja dalam rangka membina negara bangsa Malaysia (nation-building).

Bahan-bahan penyiaran dipersembahkan melalui berbagai bentuk program “talkshow” seperti percambahan minda, wacana, forum, diskusi panel, debat dan sebagainya.

Saluran ini juga mempersembahkan muzik, sukan dan lain-lain slot menepati kehendak kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas.

Ini laporan dari Malaysiakini..

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.

Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.

"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.

"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.

Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.

Selain itu, Hasan berkata, IMR Network TV dan radio kini mempunyai 18 krew produksi.

Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus.

"Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.

"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.

 IMR Network TV dan radio boleh ditonton dan didengar secara online dengan melayari imrnetwork.my.


Banyak duit dia ya.. dari mana sumbernya tu?

Dah tu senang pulak dia dapat permit, sedangkan Free Sarawak Radio hingga sekarang tidak dibenarkan penyiarannya oleh Kerajaan UMNO/BN.. Sah ini medium Propaganda UMNO yang baru!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails