Wednesday, November 7, 2012

Dr Asri kata kenyataan Izzah mungkin disalah tafsir.. tapi Fathul Bari kata... (Video Inside)


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam." katanya..

Manakala Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media UMNO apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya.

“Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka.

“Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama,” - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Itu adalah kenyataan dari dua orang Ustaz yang aku anggap tidak memihak kepada mana-mana parti.. berikut pula adalah kenyataan Ulama Muda UMNO, Ust Fathul Bari.. tengok betul-betul macam mana dia spin isu ni..



Pegangan kita yang beragama Islam ini sama, iaitu Al-Quran sebagai panduan.. tetapi biarpun kita telah dibekalkan dengan Al-Quran.. kenapa huraian atau tafsiran mereka berbeza?

Video oleh Media Fathul Bari..  kalau nak tengok Fathul Bari tuduh Mujahid Yusoff Rawa seleweng ayat Al-Quran sila lihat di sini ( Media Fathul Bari )

Video kenyataan Nurul Izzah yang dijadikan kontroversi oleh Utusan itu sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails